
Kemelesetan Ekonomi Tahun 2020 Hanya Akan Pulih Menjelang 2021 – IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akhir Mac lalu meramalkan pandemik CVID-19 bakal mencetuskan kemelesetan ekonomi global sepanjang tahun 2020.
Hanya akan pulih menjelang 2021, Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva memberitahu prospek pertumbuhan adalah negatif dan kesan daripadanya adalah lebih buruk dan teruk daripada krisis kewangan yang melanda pada 2008.
Mengalu-alukan tindakan fiskal luar biasa yang telah diambil oleh banyak negara bagi meningkatkan sistem kesihatan dan melindungi syarikat serta pekerja terbabit, kos manusia daripada pandemik ini sudah tidak dapat diukur.
Memerlukan kerjasama daripada semua negara bagi melindungi rakyat dan membatasi kerosakan ekonomi, IMF memberi amaran pertumbuhan dunia pada 2020 aka berada di bawah kadar 2.9% tetapi tidak meramalkan kemelesetan.
Untuk mencapai tahap pemulihan pada 2021, negara perlu mengutamakan penahanan dan menguatkan sistem kesihatan supaya pemulihan akan berlaku dengan lebih pantas dan kuat.
Terdahulu, bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kemelesetan ini, Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang menumpukan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
BACA: Dasar Kerajaan Muhyiddin Yasin Atasi COVID-19 Yang Terbaik Di Dunia
Dengan berlandaskan tiga matlamat utama iaitu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi, pakej berjumlah RM250 bilion ini bakal memberi manfaat kepada semua; RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk PKS dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
BACA: Senarai Lengkap Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Tidak mengetepikan golongan bujang, sebanyak 3.4 juta individu bujang menerima manfaat daripada pakej ini.
Untuk individu bujang, jumlah bayaran Pakej Prihatin Rakyat yang akan dibuat adalah:
- RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
- RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Tidak dilupakan mereka yang sudah berkeluarga, jumlah bayaran yang akan diperoleh adalah:
- RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
- RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
Pakej PRIHATIN ini tentunya memberi sokongan dan mengelak penurunan mendadak ekonomi negara, namun kemelesetan teknikal khususnya pada separuh pertama tahun ini sukar untuk dielakkan.
Sumber: Berita Harian