Wartawan

Kematian Wartawan Pakai ‘Baju Pelangi’ Di Qatar Dipercayai Akibat Dibunuh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang wartawan Amerika Syarikat, Grant Wahl yang meninggal dunia di Qatar ketika membuat liputan Piala Dunia FIFA baru-baru ini adalah dipercayai akibat dibunuh.

Dia dikatakan telah dibunuh gara-gara tindakan biadabnya yang memakai baju bendera pelangi semasa perlawanan pembukaan Amerika Syarikat menentang Wales sebelum itu.

Grant, 48, rebah di Stadium Lusail beberapa jam selepas membuat liputan kemenangan suku akhir Argentina ke atas Belanda minggu lalu.

Wartawan CBS itu kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia meninggal dunia di hospital atau semasa dalam perjalanan.

Sebelum ini, Grant yang memakai baju pelangi kononnya sebagai tanda solidariti kepada komuniti LGBTQ+ pernah ditahan selama 35 minit dan telefon pintarnya dirampas oleh pengawal keselamatan.

Namun, dia akhirnya dibenarkan juga untuk masuk ke stadium.

Adiknya, Eric Wahl menerusi satu video di Instagram mendakwa abangnya sebelum itu sihat tetapi rebah secara tiba-tiba.

“Nama saya Eric Wahl. Saya tinggal di Seattle, Washington. Saya adik Grant Wahl. Saya gay.

“Sayalah punca dia memakai baju pelangi ke Piala Dunia. Abang saya sebenarnya sihat. Dia memberitahu saya dia telah menerima ugutan bunuh.

“Saya tidak percaya abang saya baru sahaja meninggal dunia. Saya percaya dia telah dibunuh. Dan saya ingin memohon pertolongan,” ujarnya di Instagram.

Wartawan

BACA: World Cup 2022: ‘Peringatan Mesra’ Buat Penyokong LGBT Yang Ingin Buat Onar Di Qatar

Sumber: Daily Star