PUBG Syirik

Kemas Kini Terbaharu PUBG Dilapor Ada Unsur Syirik, Cetus Perbalahan Para Pemain

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kemas Kini PUBG Ada Unsur Syirik?

Sehingga kini, permainan video popular Player Unknown Battlegrounds Mobile (PUBG) masih hangat diperdebatkan tentang kesan baik ataupun buruk kepada manusia.

Bagi pemain-pemain tegar PUBG ini, pasti sedia maklum tentang kemas kini terbaharu mereka iaitu pelancaran mod ‘Mysterious Jungle’.

‘Mysterious Jungle Mode’ eksklusif untuk peta Sanhok yang memperkenalkan banyak ciri baharu, seperti makanan hutan, belon udara panas, dan banyak lagi. Bagaimanapun, ada satu perkara mengenai mod permainan ini yang telah mencetuskan perdebatan pemain Muslim, iaitu Totem.

Kemas kini itu menjadi perbualan hangat dalam kalangan pemain di sini apabila dikatakan ada unsur penyembahan berhala (patung) untuk mendapatkan sesuatu barang dalam permainan tersebut.

PUBG Syirik

Bagi seorang pengguna media sosial, Aid Fawzal mengatakan kemas kini PUBG tersebut mempunyai unsur syirik dan boleh melanggar aqidah kerapa ada perkara yang menyekutukan Allah.

“Jaga-jaga semua kerana ini melanggar aqidah kita. Apa sahaja perkara mensekutukan Allah adalah syirik.

“Jika korang dah terbuat sebelum ini tanpa pengetahuan dan kesedaran, beristighfarlah. Dan jangan buat lagi. Allah Maha pengampun,” ciapnya.

PUBG Syirik

Susulan dengan elemen baharu tersebut, ramai memberi pendapat bahawa kanak-kanak yang bermain permainan video ini akan terjejas akidahnya.

Para pemain Muslim kecewa dengan pihak PUBG kerana telah memecah-belahkan permainan dengan memasuki elemen keagamaan. Ada juga pemain menganggap penyembahan Totem itu hanyalah sekadar permainan dan tidak perlu menganggap isu tersebut perlu diambil serius.

Setakat ini tidak pasti pihak produksi ambil maklum tentang isu ini memandangkan beberapa pemain sudah pun membawa isu tersebut kepada mereka.

Tentang hukumnya untuk umat Islam, masih belum terjawab oleh mana-mana pihak berwajib di sini.

Sumber: Fossybytes