
Kemangkatan Ratu Elizabeth II – Apa Kena-Mengena Pula Dengan “London Bridge”?
Sejak berita kemangkatan Ratu Elizabeth II yang berumur 96 tahun tersebar, ramai tertanya-tanya apa sebenarnya maksud “London Bridge” yang sedang hangat digunakan di media buat masa ini.
Kata-kata seperti “The London Bridge Has Fallen Down”, “Operation London Bridge” dan sebagainya dijadikan sebagai isyarat dan digunakan secara meluas bagi memaklumkan berita sedih berkenaan.
Apa sebenarnya kena-mengena “London Bridge” yang disebut-sebut ketika ini dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II tersebut?
Berikut merupakan penjelasan ringkas yang ditulis oleh Khairul Fadhli Saadon di Facebooknya bagi memberikan sedikit pencerahan mengenai istilah ini dan apa yang bakal berlaku kepada sistem monarki British dalam waktu terdekat ini.
OPERATION LONDON BRIDGE
1) Operasi ini adalah panggilan kepada simulasi atau pelan “apa yang akan berlaku” selepas Queen Elizabeth II mangkat.
2) “London Bridge Is Down” adalah kod istana bagi memaklumkan kemangkatan Queen Elizabeth II.
3) Prince Charles akan memangku jawatan ketua monarki sejurus selepas Queen mangkat.
4) Saluran BBC akan membatalkan semua program komedi sehingga selesai majlis pengkebumian.
5) Jenazah Queen akan diletakkan di Westminster Hall untuk upacara penghormatan.
6) Keranda beliau akan dipamerkan untuk orang awam memberikan penghormatan terakhir.
7) Para pengawal keselamatan yang menjaga di sekeliling keranda Queen akan digantikan dengan para putera buat sementara waktu.
Upacara ini dipanggil “Vigil Of The Prince”.
8) Ketika Vigil of the Princes ini Prince Charles, Harry dan William akan berdiri di sekeliling keranda Queen untuk seketika sebagai simbolik menjaga Queen.
9) Majlis pemakaman Queen akan mengambil masa sehingga 12 hari selepas kemangkatan dan disiarkan ke seluruh dunia.
MAJLIS PERTABALAN
10) Selepas tempoh berkabung, majlis pertabalan Prince Charles sebagai pemerintah monarki yang baru akan diadakan.
11) Upacara ini akan ditayangkan secara langsung ke seluruh dunia.
12) Nama baru King akan diumumkan dan sambutan diadakan di seluruh United Kingdom.
BACA: Krisis Sussex: Putera Harry Luah Rasa Sedih Terpaksa Lepaskan Tugas, Gelaran Diraja
Sumber: Khairul Fadhli Saadon