Kemalangan Dengan Kenderaan Tiada Insurans? Ini 5 Perkara Yang Wajib Anda Tahu

Tiada siapa boleh menjangkakan bila kemalangan akan berlaku. Sebab itulah kemalangan disebut sebagai suatu malang yang tidak berbau.

Bertambah malang jika kemalangan itu berlaku dengan kenderaan yang tiada insurans. Lagi berganda-ganda malang sekiranya yang melanggar itu tidak mahu bertanggungjawab.

Jadi apa yang boleh anda lakukan selain daripada melakukan laporan polis?

Tahukah anda, sekiranya berlaku kejadian sebegini, anda boleh menuntut dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB), iaitu satu badan insurans umum di Malaysia.

Kemalangan Dengan Kenderaan Tiada Insurans 1

Ditubuhkan pada 15 Januari 1968 setelah mendapatkan persetujuan antara Menteri Pengangkutan Malaysia, syarikat insurans umum serta Biro itu sendiri, MIB bertujuan memberikan dana wang ringgit kepada mangsa kemalangan jalan raya sekiranya kenderaan yang satu lagi tidak berinsurans.

MIB hanya akan membayar untuk kecederaan yang anda dapati daripada kemalangan dan tidak akan membayar untuk kecederaan sedia ada atau pun kerosakan sedia ada pada kenderaan anda.

Ini lima langkah yang perlu anda ikuti sekiranya mahu menuntut bantuan daripada MIB:

  1. Anda boleh hantarkan tuntutan secara terus kepada pihak MIB atau diwakili oleh peguam.
  2. Anda perlulah kenal kenderaan yang telah melanggar anda (bayaran tidak akan dilakukan untuk kes langgar lari).
  3. Anda perlulah menghantar tuntutan dalam masa tiga tahun dari tarikh kemalangan berlaku.
  4. Jika anda diwakili peguam dan meneruskan tuntuan kes sama, peguam anda mestilah memberitahu pihak MIB dalam masa 30 hari dan bekalkan MIB dengan semua dokumen berkaitan.
  5. MIB hanya akan membayar kecederaan anda sahaja (tidak termasuk kerosakan kenderaan, pakaian, kerugian dsb).

Dokumen yang perlu anda sediakan:

  1. Cover letter yang menceritakan perihal kemalangan, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
  2. Laporan polis berserta plat kenderaan pihak ketiga.
  3. Laporan polis pemandu kenderaan pihak ketiga (sekiranya ada).
  4. Laporan perubatan anda.

Pastikan anda sudah menyediakan set salinan dan hantarkan dokumen asli kepada:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia*
Wisma PIAM
No. 150-3, 3rd Floor,
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields,
50782 Kuala Lumpur
03-22747395

Sumber: iBanding, DashCam Malaysia

Bukan biasa-biasa lokasi penggambaran Gemini Man ini.

Gemini Man | Location Featurette

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.