
Keluarkan Waran Terhadap Pengurus, Ini Sebab Mengapa Sudan Tangkap Dan Rampas Aset Petronas
Terdahulu, Malaysia dikejutkan dengan berita kerajaan sementara Sudan mengeluarkan waran tangkap terhadap Pengurus Negara Petronas susulah hubungan tegang yang dihadapi antara Malaysia dan Sudan.
BACA: Sumbang RM20 Juta Kepada Hospital, Netizen Gesa Isi Minyak Petronas Sebagai Pilihan Pertama
Menurut sumber Daily Sabah, Sudan merampas aset Petronas dengan dakwaan ia diperoleh melalui rasuah.
Tindakan yang sama dikenakan terhadap syarikat dari China, Qatar, Turki dan Pakistan.
Sumber turut berkata, Petronas sudah ketandusan semua ruang diplomasi untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik kerana Sudan secara terusan terus meletakkan tuduhan.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Menurut penyelidik doktor falsafah Faculty of Governance and Global Affairs, Universiti Leiden, Belanda, Abdul Muein Abadi, ia disebabkan keadaan politik dan geopolitik kerajaan Sudan hari ini bukanlah kerajaan Sudan yang dahulu semasa Presiden Omar al-Bashir berkuasa ketika Malaysia menghulur tangan bantuan menjadi negara pengeksport minyak lebih sejak 20 tahun lalu.
Jawatankuasa Pengambilan Semula Wang, Anti-Korupsi dan Pengusiran (ERC)
Digulingkan dalam satu rampasan kuasa, kerajaan sementara mula meluluskan undang-undag serta mewujudkan ERC yang bertujuan untuk menilai seula perjanjian dan pengambil semula aset yang didakwa kononnya diambil secara tidak sah di bawah pentadbiran terdahulu.
ERC bukan sekadar menyiasat bekas Presiden Sudan tersebut, tetapi turut menyasarkan dan menuduh beberapa pelabur asing di Sudan dan bertindak merampas aset mereka.
Hubungan diplomatik Sudan-Israel
Kerajaan sementara Sudan juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Donald Trump.

Menurut Abdul Muein, gelap mata dengan janji tersebut menyebabkan kerajaan sementara Sudan bertindak sedemikian.
Sejarah Sudan-Malaysia
Sejak tahun 1990-an lagi, Malaysia antara negara pertama yang sanggup melabur untuk membangunkan telaga minyak di sana.
Pada tahun 2003, Petronas menyelamatkan industri Petroleum Sudan dengan membeli 40.375% working interest dengan nilai lebih kurang $142.5 juta daripada konsortium Lundin Petroleum dan OMV yang terpaksa menjual pegangan mereka di Block 5A akibat tekanan berkait penglibatan dalam perang minyak di Sudan.
Malah Petronas juga membangunkan sumber manusia di Sudan dengan beberapa penubuhan antaranya Khartoum Vocational Training Centre 2005.
Tindakan susulan Petronas berkenaan waran tangkap yang dikeluarkan
Susulan waran tangkap yang dikeluarkan, syarikat usaha sama Petronas di Sudan, PetroDar Operating Company (PDOC) sedang mendapatkan bantuan guaman untuk membatalkan waran yang dianggap tidak sah.
Dalam satu kenyataan PDOC:
“Peguam luar PDOC sedang dalam proses membatalkan waran tangkap itu.
Susulan proses undang-undang sudah dimulakan, PETRONAS tidak dapat memberi maklumat lebih lanjut mengenai kedua-dua perkara berkenaan.”