
Keluarga Tak Mampu Bayar Lepas Makan, Tindakan Pemilik Restoran Ini Amat Mengejutkan!
Bagi setiap pengusaha kedai makan atau pemilik restoran, pelanggan yang datang setiap hari pastinya akan membawa seribu satu ragam yang tidak pernah diduga oleh mereka.
Namun, dalam mencari rezeki seharian, adalah wajar bagi mereka untuk melihat setiap perkara dari pelbagai sudut dan perspektif yang berbeza tanpa mengira untung dan rugi semata-mata.
Sebuah kisah masyarakat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fahmi Huzairi berikut mengajak orang ramai khususnya semua pemilik restoran di luar sana agar lebih berfikiran positif, bersabar dan berfikiran terbuka dalam menerima apa jua kerenah pelanggan mereka setiap hari.
Semoga dapat dijadikan iktibar dan teladan buat semua.
…kalau takde duit tak payahlah order makan macam-macam.
Satu kedai dengar tauke kedai tu sound pak cik ni dengan family dia.
Pak cik tu dengan mak cik, 4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.
“Menantu saya tak dapat dihubungi, dia yang suruh makan kat sini…”
“Itu hal awaklah, habis tu takkan dah makan tak nak bayar…RM259 ni”
Ah kacau, dah jadi drama pulak kat restoran tu, pelanggan-pelanggan lain dah mula bergosip, ada yang buat tak tahu…
Aku tengok pak cik tu punya muka macam malu yakmat…
Tadi aku tengok masa makan-makan family dia happy sangat…dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap…
“Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba…”
Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat-angkat…
Tadi aku tengok satu family ni sampai kat restoran pun pakai van Vanette lama…masuk restoran pun, tengok yang kecik-kecik tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar…
Pak cik tu pakai serban..baju jubah…keluarga dia pun elok berpakaian Muslimah…
Keluarga baik-baik ni, tak sanggup aku tengok dia orang dimalukan…
“Mak cik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni”
Panggil aku kat tauke kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pak cik tu…
Tauke kedai datang kat aku… “20 dik”
“Kira sekali ngan pak cik tu punya tapi dengan syarat mak cik minta maaf ngan dia dan cakap mak cik belanja dia hari ni, boleh?”
“Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?”
“Pak cik tu mungkin ada masalah keluarga, mak cik tengking dia,
dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak mak cik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan dan dalam masa yang sama saya nak kredibiliti mak cik juga dikembalikan,
sebab bila mak cik tengking pelanggan,
pelanggan-pelanggan lain akan mula anggap mak cik ni tauke restoran yang tak baik,
nanti mereka akan cerita macam-macam pasal restoran mak cik…
padahal saya tahu mak cik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan mak cik..
saya tak naklah disebabkan benda macam ni reputasi mak cik jatuh di mata orang lain..”
Tauke kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia…
Lepas aku siap bayar, aku tengok tauke kedai pergi kat pak cik tu ngan muka senyum-senyum, bersalam-salaman ngan yang perempuan-perempuan kat meja tu..
Terhangguk-hangguk kepala masing-masing, tengah minta maaf dan memaafi la tu…
Lepas tu aku tengok pak cik tu bangun tergesa-gesa…semua pun bangun tergesa-gesa menuju ke van mereka dan gerak….
So aku pun bangun dan gerak nak bla…
Tauke kedai follow aku sampai kat luar kedai dan…
“Dik, thank you sedarkan mak cik, duit makanan keluarga tadi mak cik nak bayar balik kat adik, biarlah mak cik belanja dia orang…rupanya menantu dia kemalangan, sebab tulah menantu dia tak angkat-angkat call…
Kalaulah mak cik terus marah-marah dia tadi, tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macam mana…”
“Sebab itulah saya tak nak mak cik marah-marah tadi, sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya…takut kita menyesal kalau tak bersabar…”
“Ni duit RM280 mak cik nak pulang semula kat adik, biarlah mak cik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali…”
“Takpe mak cik, simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang…carry forward je sedekah ni…semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus-putus kepada kita…”
Begitulah kawan-kawan, nenek moyang kita pun dah berpesan…
Kalau benci jangan benci sangat…
Kalau marah jangan marah sangat…
Kalau tak suka jangan tak suka sangat…
Bersederhanalah dalam setiap perkara…
Ini kisah terobek zaman-zaman Malaysia menuju negara maju dulu…zaman-zaman manusia bebas tanpa darurat dan pandemik…
Rindu zaman tu …..
#BankIdea
BACA: Guna Perkataan ‘Hawau’ Dan ‘Lahabau’, Percakapan Serta Gurauan Orang Melaka Boleh Disalah Erti
Sumber: Fahmi Huzairi