
Keluarga Lantik Peguam, Rayhan Kabir Percaya Semua Pendatang Dan Bangladesh Bersama ‘Perjuangannya’
Keluarga lantik peguam bagi mewakili Rayhan Kabir.
Petang 24 Julai lalu, lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir, 25 tahun yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan kenyataan bercanggah yang dibuat semasa temu bual dengan media Al Jazeera berjaya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Pahang selepas risikan dan buruan Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya selama dua minggu.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1987404691392737?__xts__%5B0%5D=68.ARBYeL1RvuGCO3QaaFA2paekdRLf7gxX23WwDk6wFbvYW1oIqCbL6g7GRcnE7n-fVMWvs23YKtrSJGGb5POmguEuuPqJjr1Suck2CR5UeNm474Kv7YJDdhDg7xESmjKYlUlp3_pRQJZ729xrz1HEn3m7rvW30lEdhzCbtHyWypMPD8tbGQGjHlc9mt2Nm5bw-X9gesGif3HY5nF9zKFxgVnrHGIEre-CUpk8Wg9vOfPWP1HuZz384midkikbCKvDHQIzsYkWNjJ9fRGncjlK79iEBHKC3z0U0iEbg303GsSY40K4b6G7f04k_gv_LsA54l1jII0cmBz2BfneocnoG4e78J4j&__tn__=-R
Rayhan Kabir kemudiannya mendakwa beliau tidak menipu mahu pun melakukan kesalah jenayah dalam temu bual tersebut dan hanya bercakap mengenai diskriminasi yang berlaku kepada kelompok Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Malaysia.
Menurut sumber Sinar Harian, Rayhan Kabir berkata beliau hanya mahu maruah negara dan migran sepertinya terjamin serta yakin semua pendatang dan Bangladesh akan bersamanya dalam isu ini.
Susulan penangkapan dan penahanan beliau, keluarganya di Naryanganj, Bangladesh telah melantik perwakilan undang-undang, peguam K Sumitha Shhanthinni dan C Selvaraja dalam mewakili beliau yang dinyatakan akan bertemunya hari ini.
Daripada sumber Bangladesh Post, keluarga serta penduduk tempatan di Naryanganj memberitahu Rayhan Kabir selalu bersuara mengenai isu ketidakadilan dan meminta agar kerajaan Malaysia tidak mengambil tindakan kepadanya.
Rayhan Kabir yang masih dibawah tahanan JIM dikatakan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
Susulan itu, dua badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia menegaskan agar beliau diadili di mahkamah dan bukannya ‘dideportasi secara sewenang-wenang’ sebelum dibuktikan bersalah.
Pengarah Eksekutid Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira mendesak Peguam Negara, Idrus Harun untuk memastikan kedaulatan undang-undang ditegakkan dalam kes ini dan bukannya menurut undang-undang seperti yang ‘dituduh’ JIM selain daripada memastikan keselamatan Rayhan Kabir dalam tahanan terjamin.
Peguam daripada NGO Malaysia Against Death Penalty and Torture (Madpet), Charles Hector turut tidak bersetuju bahawa pengusiran diputuskan melalui keputusan pentadbiran kerana kekhuatiran kepercayaan bahawa Malaysia hanya berusaha untuk mengelakkan perbicaraan yang adil.