
Keluar Kenyataan Hina Polis Dan Tentera, Asri Janggut Dipanggil Ke Bukit Aman
Keluar kenyataan hina polis dan tentera, Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman.
Hero yang membongkar kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, Asri Janggut seakan tersalah langkah apabila mengeluarkan kenyataan menghina anggota polis dan tentera dalam sebuah video tular di laman media sosial Selasa lalu.
https://www.facebook.com/SuaraTV/videos/745747272906719/
Dalam video yang tular itu, Asri semasa diwawancara telah memberikan kenyataan kontroversi bahawa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat mereka. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan orang ramai termasuklah anggota polis dan tentera yang merasa tersinggung dengan tuduhan beliau.
BACA: Netizen Rekomen Semula Filem ‘One Two Jaga’ Di Tengah-Tengah Isu Hangat Polis
Berikutan daripada kejadian keluar kenyataan kontroversi itu, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak semalam, Asri akan dipanggil ke Bukit Aman minggu ini untuk diambil keterangannya mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
https://www.facebook.com/hotburgermalaysia/posts/1954632574672096
Kenyataan Asri turut disifatkan sebagai keterlaluan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Asri yang juga Pengasas Hot Burger Malaysia diangkat sebagai hero selepas dengan beraninya membongkar kewujudan premis perjudian dan aktiviti haram di kawasan perindustrian Sungai Buloh hingga membawa kepada penahanan empat orang pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan seorang peniaga haram berbangsa Aceh atas kesalahan menerima dan memberi rasuah secara bulanan.
https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/2004443416355531/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARCjM7B8CFEOIgjSKSrIDYcibpdWIvVG3wOPV6CT9jxmJiLJrXOs3UiSz9qL4u6IPMoAky5qWVCh_XtJDuki0tl8HU25RR_SGkZNc0rcTrtGISDOzYZtuddCozWiuKk9H7IdarQoivFLFGoObCtvmH_4bs4VMhowNds7Qr9gC8mt8u17tj3kpjTSXzqw7JgIqRHmgu7IwwGn2F2rJ_9N3DD8JWFg-VcEAr_sszDp5oDmdkFtItswcvy6X6q7yGrTtnbXqJ2LyE4zV7cE7v0OFPjhuJWmssPTvJPEUzenGvCgQJIhpzB3xAOCdzBJfLNHaArZO2FwUEomg20NqQNQB-4KclJw&__tn__=-R
Memetik sumber Berita Harian, nilai sogokan yang ditawarkan kepada mereka bernilai antara RM300 hingga RM3,500 sebulan.
Trending now



