
‘Keluar Air Mata Jantan’: Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis
Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yang menggemparkan dunia sebelum ini telah beberapa kali diangkat menjadi naskhah buku, siri TV, dokumentari dan filem.
Antara yang menerima pujian kerana berjaya memberikan gambaran sebenar tragedi tersebut ialah filem Thirteen Lives (2022) arahan pemenang anugerah Oscar, Ron Howard yang dibintangi oleh Viggo Mortensen, Colin Farrell dan Joel Edgerton.
Siri Netflix, Thai Cave Rescue (2022) dan dokumentari terbitan National Geographic, The Rescue (2021) yang turut dihasilkan oleh para pemenang Oscar juga dianggap sungguh terperinci serta disampaikan dengan sangat baik.
Kedua-duanya yang kini sedang ditayangkan di saluran Netflix dan Disney+ masing-masing juga dikatakan memberikan impak luar biasa dari segi emosi penonton sehingga mampu menitiskan air mata kaum lelaki!
Seorang pengguna Facebook, Amir Syukri yang baru sahaja selesai menonton Thai Cave Rescue telah memberikan ulasannya mengenai siri hebat tersebut dalam hantarannya berikut. Katanya, Ahli Parlimen Muar (P146) Syed Saddiq pun ada berlakon? Biar betul?
Seorang lagi lelaki, Zulhafidz Yahaya juga telah membuat satu perkongsian menarik di Facebooknya mengenai iktibar dan pengajaran yang boleh dipelajari hasil dari menonton dokumentari kisah benar The Rescue tersebut.
Apakah yang menyebabkan kedua-dua lelaki sejati ini begitu tersentuh dengan kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang ini sehingga gugurnya air mata jantan mereka? Jom baca.
Thai Cave Rescue
Aku baru sudah tonton Netflix Limited Series: Thai Cave Rescue.
Kisah benar tentang team bola sepak Wild Boars bersama jurulatihnya yang terperangkap dalam gua pada pertengahan tahun 2018 lalu.
Aku ikut rapat juga insiden ini dulu tetapi setakat mana yang dilapor di TV dan di media sahaja. Tidaklah secara detail seperti diceritakan dalam siri ini.
Tidak pasti setara mana accurate drama ini dengan kejadian sebenar, tapi penyampaiannya memang superb!
Jalan cerita penuh drama, suspen, sedih semua lengkap. Keluar jugalah air mata jantan ni wey..! Yang ada Netflix, aku amat syorkan untuk tonton.
Aku bagi 5/5 bintang, terutama lakonan Syed Saddiq sebagai Coach Eak. Biasalah, PRU dah dekat, kan?
——–
The Rescue
Tengok filem dokumentari The Rescue, misi menyelamat dalam gua di Chiang Rai yang tenggelam tu.
- Hobi, jika dibuat secara serius, kerap dan banyak kali, ia boleh jadi pakar. SEAL Thai memberi tugasan kepada sekumpulan Cave Diver, yang semuanya hobyyist.
- Serahkan hal kepada pakar, bukan kuantiti ramai.
- Waktu mengumpulkan pakar-pakar Cave Diver dari seluruh dunia tu, mereka cave diver hobi-hobi je, tapi jadi pakar, macam mengumpulkan Expandables dalam movie tu lah..
- 13 kanak-kanak tu sangat mempercayai jurulatih mereka. Apa jurulatih tu suruh, mereka buat, tak menangis.
- Idea beri sedatif tu memang out of the box. Tambahan, hanya berapa misi menyelamat dalam gua tenggelam sahaja yang pernah guna cara tu.
- Courage. Ketahanan daya hidup, mahu terus hidup, tidak putus asa. Tidak terus mengalah dan melemahkan diri.
- Xanax bantu tenangkan budak-budak tu. Claustraphobic, aquaphobic, macam-macam phobic dalam gua, air, air deras, gelap. Letih dah 14 hari dalam gua. Oksigen 13%.
- Bebanan besar dan berat oleh cave-cave diver yang bawa keluar anak-anak tu dalam keadaan sedated, seolah menolak “mayat” dengan harapan tak jadi apa-apa dipertengahan jalan.
- Musim Monsoon, jangan main-main dengan air, kita tiada insang.
- Anak-anak tu minum air sungai dalam gua selama 12 hari. Tiada makanan lain. Kita boleh hidup tanpa makan, hanya air. Tapi dalam keadaan hibernate. Kalau nak buat diet air saja, trylah 2-3 hari tak makan, minum air saja tapi hidup macam biasa. Boleh, tapi sukar.
- Andai misi ini di Malaysia, diver-diver tu layak dapat Dato Pingat Jasa Kebaktian, apa-apa pingat pengorbanan dan jasa lah, sebab nampak jelas pengorbanan dan kebaktian mereka. Nyawa mereka sendiri pun mereka tak jamin selamat dalam misi ni.
- Menangis tengok dokumentari ni.
- Beberapa hari selepas misi menyelamat, gua ni tenggelam sepenuhnya. Hanya boleh dimasuki 8 bulan kemudian.
- Mujurlah Panglima Tentera Thai setuju cadangan cucuk sedatif pada anak-anak tu dan bawa keluar.
- Media tak dibenarkan pada waktu mula misi dengan sedatif tu sebab tak nak media spin cerita.
Note: Yang ni Film Documentary Nat Geo Disney+. Tiada cerita rekaan tambahan atau watak tambahan. Semua realiti. Cuma ada footage-footage diolah semula dengan CGI. Tapi real footage, majoriti.
Ini bukan 13 Lives, Trapped atau The Cave Rescue. Ini filem dokumentari. Bukan filem atau series.
DiveSmart: https://shope.ee/1AlJD8avL6
——–
BACA: Pengarah ‘The Cave’ Janji Beri Penonton Rasai Debaran Operasi Menyelamat Mangsa Gua Tham Luang
Sumber: Amir Syukri, Zulhafidz Yahaya