Keluang Man Dan Joker, Dua Karakter Bawa Sisi Berbeza Tentang ‘Mental Illness’

Baru seminggu ditayangkan, filem Joker telah berjaya mengaut RM979 juta dan mengalahkan filem Venom dengan perbezaan sebanyak RM54 juta selain daripada mencatatkan kutipan tertinggi untuk filem Oktober.

Berjaya mencetuskan fenomena kerana mengetengahkan tema pesakit mental, rata-rata daripada yang menonton Joker memberikan maklum balas positif, malah gara-gara dek tidak tahan melihat penderitaan Joker, ada yang sanggup keluar dari panggung!

BACA: Tonton ‘Penderitaan’ Joaquin Phoenix Demi Kesempurnaan Watak Joker

Tetapi tahukah anda, sebenarnya di Malaysia pernah ada juga filem yang mengangkat hero daripada watak pesakit mental iaitu Keluang Man?

Keluang Man 1

Merupakan siri animasi televisyen yang popular dalam kalangan kanak-kanak akhir 90-an, Keluang Man bersiaran melalui saluran TV1 yang diasaskan pada Jun 1997 hasil ilham Kamn Ismail dengan perbincangan meja bulat bersama pasukan pengasasnya kerana menginginkan kehadiran Adiwira Kebangsaan.

Ada juga yang melabel Keluang Man sebagai ‘Joker Malaysia’ namun terdapat perbezaan ketara iaitu Joker lakonan Joaquin Pheonix menghidap penyakit mental adalah kerana persekitarannya yang negatif. Namun Keluang Man merupakan seorang pesakit mental yang berusaha melawan kejahatan di sekelilingnya.

Konsep asal animasi yang dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya di bawah terbitan UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd ini menceritakan mengenai kisah adiwira yang tidak cliche; mempunyai kuasa ajaib sebaliknya hanya mengunakan naluri dan kejujuran sahaja.

Mengangkat watak pesakit mental, ada sesetengah netizen berpendapat filem Joker terlewat dalam mengetengahkan watak pesakit mental sebagai hero kerana Keluang Man muncul sekitar lebih 20 tahun awal daripadanya.

Mengangkat martabat pesakit mental, Keluang Man (nama sebenar: Borhan) yang dibantu rakannya, Tiong Man mereka cuba menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yan diketuai oleh Inspektor Sahab sering terlewat sampai ke lokasi kejadian.

Di sebalik topeng Keluang Man, rupanya ada kisah sedih yang tersendiri. Borhan merupakan seorang jaguh silat. Namun pada suatu hari, van yang dinaiki beliau terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

Tunang beliau, Suri yang diculik oleh penjahat bernama Samsir telah bertindak memukul Borhan di kepala yang kemudiannya dimasukkan ke hospital gila untuk rawatan susulan. Disiarkan sebanyak tujuh musim dengan bilangan 142 episod, pengarah siri ini dibahagikan kepada dua bahagian (orang) yang mana Kamn Ismail (musim 1 hingga 4) dan diteruskan dengan pengarah lain pada musim 5 hingga 7.

Episod akhir siri animasi Keluang Man di bawah arahan Kamn Ismail ini menceritakan mengenai perpindahan Borhan ke hospital lain di Tanjung Durian. Pengarah animasi Keluang Man, Kamn Ismail juga sebenarnya merupakan pengarah siri animasi Usop Sontorian.

Walaupun mempunyai keterbatasan daripada segi teknologi, pengalaman dan pengetahuan, kumpulan tenaga produksi tempatan seramai 37 orang ini berjaya menghiburkan dunia kanak-kanak akhir zaman 90-an.

Kesukaran dalam menghasilkan gerak animasi dan gerak kamera dalam menjadikan animasi lebih menarik menjadikan Kamn cuba menggabungkan elemen animasi 2D dengan latar belakang 3D.

Walaupun hasilnya tidak begitu kemas, pasukan ini amat wajar diberi pujian kerana biarpun berdepan kesulitan, mereka tetap bersungguh dan bersemangat dalam menghasilkan animasi pada zaman tersebut.

Namun, kerana krisis ekonomi yang melanda pada tahun 1997 hingga 1998, penerbitan siri Keluang Man terpaksa dihentikan setelah tiga tahun dibentuk, iaitu pada hujung musim 4.

Pada tahun 2001, siri ini disambung semula dengan gandingan produksi yang baharu dan jalan cerita yang agak ringan. Manakala pada tahun 2008 pula, siri animasi ini ditayangkan semula melalui saluran TV9.

Pada Oktober 2017, terdapat desas desus bahawa siri Keluang Man akan dijadikan filem di bawah penerbitan Aziz M Osman yang terkenal dengan genre sains fiksyen sekitar tahun 2000 dan arahan Rizal Halim.

Keluang Man 2
Sumber: The Hype Geek

Namun pada April 2018, Rizal mengambil keputusan menarik diri daripada mengarah filem ini berikutan beberapa sebab tertentu yang tidak dinyatakan walaupun beliau berpandangan projek ini mampu menaikkan semula jenama Keluang Man di layar perak.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!