#KelantanKindness tular

#KelantanKindness ‘Trending’ Bukti Rakyat Kelantan Masih Ada Sisi Positif

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Permohonan pas bulanan tanpa had hanya boleh dibuat menerusi kad MyKad, MyTentera dan MyKid sahaja. Menteri Pengangkutan berkata syarat tersebut dibuat demi memastikan inisiatif itu hanya dinikmati oleh rakyat tempatan.

BACA:Pengguna Pengangkutan Awam Bakal Nikmati Pas Bulanan Tanpa Had

Penggunaan kad pengenalan warganegara Malaysia menerusi fungsi Touch ‘n Go boleh mula dilanggan pada 1 Disember 2018 dan digunakan bermula 1 Januari 2019. Penggunaan pas ini melibatkan enam mod pengangkutan iaitu MRT, LRT, monorel, Bas Rapid KL, Bas Rapid Transit (BRT) dan bas pengantara MRT.

Rapid KL
Sumber: sg.news

Terdapat dua pas yang diperkenalkan, iaitu RM100 untuk perkhidmatan rel dan Bas Rapid KL, manakala RM50 hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan Bas Rapid KL yang menjadi penghubung antara kemudahan perkhidmatan rel dan lokasi setempat.

Tempoh 30 hari pas bukan mengikut tempoh bulanan, tetapi dikira bermula daripada tarikh penggunaan pertama perkhidmatan menggunakan fungsi Touch ‘n Go tersebut. Dengan inisiatif ini, kerajaan mengharapkan supaya kadar penggunaan perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sejajar dengan usaha yang dilaksanakan.

Sumber: Berita Harian