Kelantan Beli Mercedes Benz Kenderaan Rasmi Kerajaan 2

Kelantan Mengaku Beli 14 Mercedes Benz Untuk Kegunaan Rasmi Kerajaan Negeri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, kereta mewah jenama Mercedes Benz milik Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menjadi tular di laman media sosial.

Kenderaan model terbaharu yang bernilai hampir RM700,000 itu kemudiannya disahkan milik Menteri Besar Kelantan oleh sumber (kakitangan) Pejabat Kerajaan Negeri.

Sudah ditempah sejak tahun lalu, kereta mewah berwarna hitam model S450 dengan plat DV1 itu kemudiannya dikatakan dibeli dengan menggunakan peruntukan khas sebanyak RM400 juta yang mana ianya dikatakan sebagai fitnah oleh kerajaan PAS Kelantan.

Kelantan Beli Mercedes Benz Kenderaan Rasmi Kerajaan 1

Namun isu ini kemudiannya dijelaskan melalui Facebook Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob yang mana penukaran ini sudah diteliti secara berperingkat.

Model kenderaan ini dipilih bagi menggantikan kenderaan yang sebelum ini selepas 10 hingga 12 tahun digunakan.

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1208383672685081?__xts__%5B0%5D=68.ARBoZd1kLVuPn61El2x-n7UZ8tW6IqJLXxtPiY265_sRjJ9GZWDU–R5YVC_F9eBO-g1go2LqoKlUfTDnFEE7aB4ateNwATrini5hurmXF26CrW1yP0azCFWetMxzW9BBHNeZsIDPtVlis5D_bDD6oBeaJiKUdOK8-6wNaqlTHUiN7XuNostRRZ_EvQNr_nwV555vJ7WU9Xf0nIHocRM_bebPsiOM4KiQkLHXRjuxzR34RNVMIWaDVs9eJNuCFFcNK7wzwP0_v4_fLcjNnkvt09_nHgWjfxiuEF9IvOzyKigzx5O_SbWOY4uBddO6JcKl0IrvdFlLgJLvg2y3AyNFA&__tn__=-R

Malah keputusan menggantikan kenderaan rasmi itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Nombor pendaftaran DV 1 merupakan kurniaan Sultan Kelantan juga sudah digunakan sejak pentadbiran Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar lagi.

Kelantan Beli Mercedes Benz Kenderaan Rasmi Kerajaan

Dalam laporan terbaharu, kerajaan negeri mengaku membeli 14 buah kereta mewah jenama Mercedes Benz sejak 2018 hingga tahun lalu sebagai kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, jenama Mercedes Benz kerana kepentingan keselamatan berdasarkan pengalaman, yang mana penyelenggaraan Mercedes Benz lebih jimat jika dibandingkan dengan Proton Perdana.

Sumber: Berita Harian, FMT