Kekasih Nas Daily Dikecam Selepas Hasilkan Video Tentang Anak ‘Stateless’ Di Sabah

Sumber: @dearalyne

Kekasih Nas Daily cetus kemarahan rakyat Malaysia.

Kekasih travel blogger terkenal, Nas Daily iaitu Alyne Tamir menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menghasilkan video mengenai kanak-kanak stateless di Malaysia.

Dalam video berkenaan, Alyne tidak menjelaskan secara terperonci mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada anak-anak tanpa dokumen ini sebaliknya hanya menyentuh secara dasar mengenai hak seseorang individu dalam mempunyai negara selain daripada menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjalankan peranan mereka bagi menghentikan krisis stateless.

Di ruangan komen, rata-rata daripada rakyat Malaysia meluahkan kritikan mereka kerana video yang dihasilkan akan memberikan imej buruk kepada Malaysia.

Lihat video penuh di pautan bawah.

The People With NO Country 🇺🇸❌

Growing up, I had access to safety, education, driving a car, university, marriage, a passport, and a job. To me, those things we're normal. But these are things 10 Million people around the world never will… 😳Located in 🇲🇾 🇧🇩🇲🇲🇨🇮 🇹🇭 (any many more) *This video was filmed in late 2019 pre-corona. Any stateless people that get sick also cannot get medical help as they are not registered. It makes even daily life almost impossible.* ___________________________________Daily Updates on Instagram! @Dear AlyneJoin 140k+ women in Girls Gone Global (by Dear Alyne) to discuss this video and moreGo to dearalyne.com/digital-retreat to learn how to make your own videos like this ✅

Posted by Dear Alyne on Tuesday, June 16, 2020

Isu kanak-kanak tanpa dokumen di Sabah bukanlah satu isu yang baharu. Pada tahun lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melihat keperluan untuk kerajaan melakukan pindaan dalam undang-undang sedia ada Jabatan Imigresen Malaysia dalam usaha mengangani masalah ini.

BACA: Pelajar Sabah Ini Perlu Luangkan Masa 24 Jam Atas Pokok Demi Jawab Peperiksaan ‘Online’

Pada ketika itu, Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph menjelaskan daripada 500 kes yang diterima Suhakam di Sabah setiap tahun, 80% daripadanya adalah berkaitan dengan isu individu tanpa warganegara dan kesemuanya tidak berjaya diselesaikan.

Untuk pengetahuan anda, kelompok penduduk Sabah tanpa dokumen yang sah kebanyakannya adalah kerana berketurunan daripada warga asing Filipina atau Indonesia yang datang ke Sabah pada tahun 1970-an serta penduduk asli Borneo.

Kekasih Nas Daily Dikecam Teruk Selepas Hasilkan Video Tentang Anak-Anak ‘Stateless’ Di Sabah 2
Sumber: FMT

Menurut UNDP, empat populasi yang berbeza di Sabah dianggap tanpa berdokumen adalah:

  1. warganegara yang tidak berdokumen (orang Asli),
  2. pelarian Filipina termasuk orang Suluk dan pendatang Indonesia,
  3. komuniti nelayan nomad Bajau Laut, dan
  4. orang lain yang tidak berdokumen termasuk anak-anak pekerja migran.

Baca lanjut DI SINI.

Sebelum ini, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin tidak dibenarkan memasuki Malaysia disebabkan konflik politik di antara kedua negara ini. Nas telah menghasilkan tiga video mengenai Malaysia yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat Malaysia.

1. The Forbidden Land!

2. The Airport Prisoner, Hassan

3. How Singapore Drives