Anak Lelaki Elon Musk

Kekasih Elon Musk Selamat Bersalin, Anak Diberi Nama ‘X Æ A-12 Musk’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kekasih Elon Musk selamat bersalin, anak diberi nama X Æ A-12 Musk cetus tanda tanya netizen.

Pengasas bersama Tesla dan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk mengumumkan berita gembira kepada peminat bahawa kekasihnya, penyanyi, Grimes selamat melahirkan anak lelaki mereka pada Isnin.

Pengumuman itu dikongsi Musk kepada pengikutnya yang bertanya tentang maklumat terkini mengenai anaknya di Twitter.

“Beberapa jam lagi!” Musk membalas di Twitter sebelum berkongsi berita bahawa kekasihnya selamat melahirkan seorang anak lelaki.

“Ibu dan bayi semuanya baik,” tambahnya beberapa jam kemudian.

Ketika salah seorang netizen bertanya tentang nama anaknya, Musk menjawab “X Æ A-12 Musk” dan berkongsi foto bayi tersebut.

Anak Lelaki Elon Musk

Berikutan Musk memberi nama anak lelakinya, X Æ A-12 Musk, ia membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada jutawan yang juga merupakan pengasas Space X bergurau atau sememangnya itu adalah nama sebenar.

Walaupun masih tidak jelas sama ada Musk bergurau, ramai peminatnya dan Grimes telah menafsirkan nama anaknya sebagai teka-teki, mengemukakan tekaan terbaik mereka mengenai maksud nama tersebut.

Seorang pengguna Twitter menafsirkan nama itu sebagai ‘X Ash Archangel’ – ‘Æ’ disebut sebagai ‘ash,’ dan ‘Archangel’ adalah nama kod dalaman untuk pesawat A-12 CIA. Ciapan pengguna Twitter itu menerima tanda suka dari Musk, mengandaikan bahawa itu adalah tekaan yang tepat.

https://twitter.com/flcnhvy/status/1257538193911623681

Selain itu, seorang pengguna Twitter meneka bahawa X berkaitan dengan Genesis (Kejadian), bersempena nama kitab Bible. Ada yang mengemukakan pendapat karakter latin Æ juga muncul dalam lagu dari album terbaru Grimes.

Musk dan Grimes, atau nama sebenarnya Claire Boucher, mendedahkan mereka berpacaran pada Mei 2018, hampir dua tahun sebelum dikurniakan seorang anak lelaki. Musk mempunyai lima anak lelaki dengan isteri pertamanya, pengarang, Justine Musk – kembar bernama Griffin dan Xavier dan kembar tiga bernama Damian, Saxon, dan Kai.

Sumber: Business Insider