
“Kejutan Tahun Baru Yahudi”, Israel Lapor 7 Juta Data Rakyat Digodam ‘Hacker’ Sang Kancil
Israel Lapor 7 Juta Data Rakyat Digodam ‘Hacker’ Sang Kancil.
Belum reda insiden enam warga Palestin berjaya memboloskan diri daripada penjara yang dikawal ketat di utara Israel, sistem sekuriti negara haram itu sekali lagi digodam.
BACA: Bak ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel
Times of Israel melaporkan, penggodam yang bernama Sang Kancil telah mendakwa menggodam 7 juta data rakyat negara itu, jumlah yang merangkumi hampir 80 peratus populasi Israel dan disifatkan antara penggodaman terbesar dan terburuk dalam sejarah Israel.
Difahamkan, penggodaman itu melibatkan rekod pasport dan juga kad pengenalan yang membuatkan Israel panik selepas sistem sekuriti mereka diceroboh.
Turut dinyatakan penggodam yang berkemungkinan dari Malaysia ini memaparkan bukti godaman yang terdiri daripada bil pembayaran majlis perbandaran, nama, tarikh lahir, lesen memandu dan sebagainya.
Penggodam juga turut memuat naik bukti tersebut di sebuah forum dan memaklumkan data rakyat Israel ini sedia untuk dijual.
🇮🇱 A threat actor just selling a seven million records database of Israeli citizens on the deep web 🚨 pic.twitter.com/VB97oKJI8q
— DarkFeed (@ido_cohen2) September 6, 2021
Lapor akhbar itu, penggodam melakukan kegiatan tersebut bersempena dengan Tahun Baru Yahudi yang turut dikenali sebagai ‘Rosh Hashanah’ – perayaan yang berlangsung pada minggu ini.
“Ini adalah kejutan pertama saya untuk Tahun Baru Yahudi. Selamat menikmati! ” tulis penggodam Sang Kancil.
National Cyber Directorate mengatakan pihaknya sedang menyiasat tuntutan penggodam, kebocoran data itu berkemungkinan merupakan maklumat lama.
https://twitter.com/httpsantha/status/1435272897086443520
Tahun ini sahaja, telah berlaku beberapa serangan penggodaman terhadap Israel yang datang dari Malaysia dalam melumpuhkan serangan musuh.
Sekitar pertengahan tahun ini, kecoh di media sosial selepas kumpulan penggodam dari Malaysia terdiri daripada DragonForce dan beberapa lagi kumpulan lain berjaya menggodam pengkalan data Israel.
Serangan didakwa dibuat sebagai solidariti bagi mengutuk tindakan rejim itu dizahirkan bagi menuntut Israel menghentikan segala tindakan ketenteraan ke atas rakyat Gaza.
BACA: Koyak Dengan Kecaman Siber, Wanita Israel Ini Dakwa Malaysia Bekerjasama Dengan Hamas