Anthony Tan Grab

Kejayaan Anthony Tan Menguatkan Lagi Bukti Kenapa Lepasan Sekolah Masih Perlu Sambung Belajar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dah terlalu kerap kita dengar sekarang ini, luahan pendapat dari golongan muda yang mengatakan betapa tidak pentingnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi buat masa ini.

Golongan muda ini juga dilihat masih lagi dengan lamunan dan angan-angan mereka untuk hidup mewah cara mudah dengan hanya menjadi pekerja dalam perkhidmatan penghantaran makanan, e-hailing dan membuat konten TikTok sehingga ke akhir hayat.

Kepentingan menuntut ilmu juga dianggap mereka sebagai sudah ketinggalan zaman serta tidak banyak memberi manfaat dalam menempuhi cabaran hidup era pasca COVID-19 ini.

Nizam Rashid di laman Facebook Nizam Rashid Writes telah membuat hantaran berikut yang menjadikan kisah kejayaan Anthony Tan sebagai contoh betapa pentingnya pendidikan serta manfaat menuntut ilmu bagi membetulkan tanggapan salah golongan BBNU ini.

1 Anthony Tan Grab

Manfaat Pelajaran: Anthony Tan

“Tak payah susah nak sambung belajar pun, bawak e-hailing pun, duit saya dah berkepuk-kepuk!”

Dik, meh sini abang cerita sikit pasal sorang brader ni –  nama dia, Anthony Tan.

*******************

1) Anthony Tan ni, bapak dia, nama Tan Heng Chew. Nama datuk dia pulak, Tan Yuet Foh.

2) Bapak dan Datuk dia siapa? Bapak dia, sekarang ni, adalah Presiden di Tan Chong Motor Holdings – konglomerat automotif yang pegang dealership Nissan dan Renault.

3) Datuk dia pulak, adalah founder kepada Tan Chong Motor – Ye dik, Tan Chong Motor tu, pada dasarnya, syarikat keluarga dia.

4) Nak mudah cerita, kalau Anthony Tan ni lepas zaman sekolah, goyang kaki pun, dia tetap akan kaya.

********************

5) Tapi, dia tak goyang kaki. Dia sambung belajar.

6) Mula-mula, dia belajar di Universiti Chicago (Bachelor of Arts with Honors in Economics and Public Policy) dan kemudiannya Universiti Harvard (Master in Business and Administration – MBA).

7) Kita ketepikan pasal keluarga dia kaya sebab meskipun keluarga dia kaya boleh hantar dia belajar ke mana-mana pun, keluarga dia juga cukup kaya untuk dia tak payah sambung belajar langsung.

8) Masa Anthony Tan belajor kat Harvard, dia berjumpa dengan seorang ni di kelas dipanggil “Business at the base of Pyramid” – Tan Hooi Ling (orang Malaysia juga).

9) Di kelas “Business At the Base of Pyramid” ni, depa berdua belajar berkenaan perniagaan dalam pasaran orang berpendapatan rendah iaitu mewakili majoriti umat manusia.

********************

10) Depa berdua sembang dan timbul idea untuk buat satu apps untuk booking teksi di Asia Tenggara.

11) Pastu depa masuk pertandingan di Harvard, namanya “New Venture Competition – NVC” pada tahun 2011. Masuk, menang kedudukan no. 2 – dapat geran bernilai USD25,000.

12) Pastu, tahun 2012, depa berdua bangunkan dan lancarkan apps nama “MyTeksi”. Masa tahun ni, satu agensi gomen di Malaysia funding depa, Cradle namanya.

13) Dalam satu temuduga (sumber: Vulcan Post), CEO Cradle pada masa tu (2012), terangkan bahawa dari pengalaman dia dengan Anthony Tan, si Anthony ni bukan nak duit pelaburan sangat pun pada masa tu, tapi dia nak endorsement yang orang luar percaya pada idea dia..

Maksudnya apa? Maksudnya, Anthony Tan nak pastikan orang luar betul-betul yakin dengan idea dia – bukan idea syok sendiri. Adik nampak tak mentaliti dia ni macam mana? Dan juga visi dia.

14) Nak cerita pasal pembiayaan dia, panjang – dari dapat pelaburan USD5 juta hinggalah USD 2.5 billion (2017) dan USD 1 billion (tahun 2018 oleh Toyota). Adik tengok je la gambar abang kongsi di bawah tu.

15) Pada tahun 2018, Grab dinilaikan pada USD10 billion. Punyalah power, depa siap beli operasi Uber di Asia Tenggara lagi pada tahun yang sama.

******************

16) Apa kita boleh belajor dari kisah Anthony Tan ni? Pada pandangan abang, ada 3 yang penting:-

  1. a) Pertama – ilmu itu penting. Keluarga billionaire yang memang dah kaya pun, tetap nak anak keturunan mereka dapat ilmu. Bahkan, mereka berebut-rebut nak pastikan anak mereka dapat pendidikan terbaik. Contohnya keluarga Anthony Tan ni;
  2. b) Kedua – nilai dari proses pembelajaran, bukan setakat sijil sahaja, tetapi pengetahuan dan orang-orang yang kita jumpa dalam proses pembelajaran tu – jaringan sosial dan profesional serta ilmu. Anthony Tan, dia jumpa co-founder Grab, Tan Hooi Ling, masa belajar kelas subjek “Business at the base of Pyramid” di Harvard.
  3. c) Ketiga – Dengan ilmu, kita boleh buat sesuatu perkara dengan bijaksana dan skala besar. Dalam masa 10 tahun, Grab transform dari idea kepada perniagaan bernilai USD10 billion.

Sekarang ni, Anthony Tan miliki 2.2% dari pegangan saham dalam Grab, tapi dia ada 60.4% voting rights. Pelik? Tidak, ia logik. Dan untuk buat strategi dan aturan sebegini, ilmu pengetahuan wajib ada.

****************

17) Dalam hidup, kita ada cabaran dan perjalanan hidup masing-masing. Ilmu tidak semestinya jamin adik jadi kaya, tetapi ia boleh membantu adik dapat kestabilan hidup dan mungkin temukan jalan untuk tambah baik ekonomi adik dan keluarga.

18) Tidak sambung belajar, tidak berdosa pun, khasnya kalau memang keadaan semasa adik tidak mengizinkan.

19) Tetapi, sekiranya adik dengar dakyah dan ajaran sesat orang bahawa tidak perlu sambung belajar semata-mata kerana boleh buat duit dari e-hailing atau gig economy seperti Grab, ingatlah, orang yang tubuhkan Grab tu, dia ada MBA dari Harvard.

Gambar: 1) Anthony Tan dan Tan Hooi Ling, masa depa ditemuduga oleh Bloomberg (sumber: Bloomberg Technology); 2) Ringkasan sejarah perkembangan Grab (sumber: South China Morning Post)

Sumber: Facebook Nizam Rashid Writes