
Kehilangan Followers Di Facebook – Satu Pengajaran Dan Muhasabah Buat Diri Sendiri
Satu Malaysia menjadi kecoh dan panik semalam apabila berlakunya gangguan teknikal di Facebook yang menyaksikan bilangan followers masing-masing lenyap mendadak secara tiba-tiba.
Ramai yang tidak tentu arah dan tertanya-tanya di manakah silapnya sehingga ada yang menyalahkan tauke Facebook Mark Zuckerberg, Perdana Menteri yang membubarkan Parlimen, malah Neelofa yang masih menyembunyikan wajah Bilal pada ketika itu turut dipersalahkan.
Untuk seketika juga, didapati para artis, selebriti, ahli politik dan influencer tersebut mula menyedari hakikat betapa mereka sebenarnya selama ini terlampau taksub dengan bilangan followers masing-masing.
Satu perkongsian yang penuh dengan mesej kesedaran dan keinsafan telah dibuat oleh Firasysafra Din bagi mengajak kita semua untuk sama-sama bermuhasabah dan menyedari erti sebenar bilangan followers di Facebook ini.
Semoga kita sama-sama dapat iktibar dan memperbaiki diri.
Sana sini kecoh bilangan followers FB tiba-tiba hilang. Dari ratus ribu tinggal 9k average.
Akaun besar la yang kecoh. Kita yang followers boleh kira dengan jari ni taklah heran. Hahaha.
****
Ni takde kaitan hanya untuk muhasabah kita semua.
Bila ada followers ramai, maksudnya kita ada sedikit kuasa.
Capaian kita lebih luas, pengaruh kita lebih terkesan. Apa yang kita tulis akan lebih diberi perhatian.
Bila kita berkuasa, automatik di bahu kita jugak ada tanggungjawab. Kalau elok apa yang ditulis, Alhamdulillah aktiflah yang di kanan bahu kita mencatat. Kalau tak, naudzubillahiminzalik.
Ramai followers jugak adalah satu ujian. Ujian untuk sekeping hati–
Ramai followers, mulalah rasa apa yang kita buat ni betul. Tulis apepun, ade yang menyokong.
Ramai followers, mula dah bibit kerja buat kerana nak dapatkan perhatian manusia. Bukan kerana Allah.
Ramai followers, mula nak komen dan lontarkan pendapat walau bukan dalam bidang kita.
Naudzubillahiminzalik. Moga-moga semua penulis dan pencipta kandungan dilindungi dari fitnah dunia.
Hari-hari, kena renew niat.
“Untuk apa aku menulis?”
Kerana perhatian manusiakah atau perhatian Allah.
BACA: Tanggungjawab Besar Yang Perlu Dipikul Oleh Seorang ‘Influencer’ Untuk ‘Follower’nya
Sumber: Firasysafra Din