Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan Yang Membinasakan – Ustaz Hasrizal

Walaupun sudah hampir seminggu berlalu, kisah seorang selebriti agamawan hasil keluaran satu program relaiti di TV3 masih lagi hangat diperkatakan di media sosial.

Ini kerana ada sahaja jawapan atau maklum balas yang memperlihatkan ketidakcerdikan individu-individu terlibat apabila bersuara.

BACA: Tular Kisah Cerai Da’i TV3, Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Lelaki Yang Bergelar Suami

Jika semalam, seorang penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menegur lelaki yang bergelar suami dan akan bergelar suami suatu hari nanti, kini tulisan hasil seorang penulis buku popular Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Saiful Islam pada tahun 2014 kembali ‘naik’ di laman media sosial.

Nasihat beliau, mahasiswa dan mahasiswi sarjana muda Pengajian Islam jauhkanlah diri daripada menjadi selebriti sebelum tamatnya pengajian dan jangan sesekali bercita-cita mengenainya.

Selebriti Agamawan

Menjadi selebriti ujiannya banyak, antaranya pendapat anda dinilai berdasarkan populariti, jarang kerana hujah dan ilmu. Maka kukuhkan dahulu ilmu dan pengalaman sebelum ‘menyerah leher’ kepada kehidupan berisiko tinggi ini.

Tambah beliau lagi, mengapa perlu tergesa-gesa beraksi di lensa sebelum ilmu secara amanah tersemat di dada? Jika televisyen mensyaratkan asas agama, maka asas tersebut adalah racunnya kerana pada usia muda anda sudah sibuk ‘mengajar’ dan tiada masa belajar bagi menambah asas tersebut.

Sekadar menyatakan nasihat tanpa menunjuk kepada mana-mana pihak, beliau sempat berkongsi gara-gara kerana besarnya bebanan berceramah, beliau lebih senang menulis kerana sebelum menulis, ada sesi pembacaan dan mempunyai ruang untuk berfikir sebelum menyebarkannya.

Sumber: Saiful Islam

Guna pensel dan buku sahaja, John Wick dah boleh menang.

Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.