Kedai Makan Ini Jadi Perhatian Netizen Selepas Hidang Nasi Bertimbun 3

Kedai Makan Ini Jadi Perhatian Netizen Selepas Hidang Nasi Bertimbun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah restoran menjadi perhatian netizen selepas tularnya video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok @amirulrahinxyon.

BACA: Deko Rumah Dengan Karpet Bulu Gebu, Ini 5 Kedai Shopee’Trusted Seller’ Yang Boleh Anda Pertimbangkan

Dalam video berkenaan, beliau bersama beberapa orang lagi dilihat sedang bersedia untuk makan. Namun kuantiti hidangan seperti nasi yang dihidangkan betul-betul luar biasa.

Kedai Makan Ini Jadi Perhatian Netizen Selepas Hidang Nasi Bertimbun 1

Melihat pada ruangan komen, restoran di Padang Jawa, Shah Alam ini memang menjadi tumpuan kerana kuantiti hidangan nasi sepinggan yang boleh dijamu sekitar dua ke empat orang.

Dengan harga sekitar RM6 hingga RM8, ia memang berbaloi untuk dicuba.

@amirulrahimxyon

ya Allah banyak betul nasi kedai ni moga murah rezeki owner meniaga 🤲🏼 #fyp #NasiBukit #PadangJawa

♬ original sound – AmirulRahimxYon – AmirulRahimxYon

Untuk anda yang berminat untuk berkunjung ke sini, bolehlah Waze sahaja Nasi Bukit Padang Jawa, Shah Alam.