
Kedai Ini Tawar Kerja Tukang Kupas Durian Dengan Gaji RM2,500 Sebulan, Tapi Syarat Tambahan Buat Netizen Terhibur
Kini, dengan adanya perkhidmatan penerbangan tambang murah, semua orang berpeluang untuk travel dengan lebih mudah ke tempat yang mereka inginkan. Siapa sahaja tidak mahu untuk menikmati pemandangan, keindahan dan budaya masyarakat luar bukan?
Tetapi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, pasti ada juga di antara kita akan mengalami limitasi sama ada dari segi masa atau ekonomi sehingga menyebabkan hasrat untuk melihat dunia luar terpaksa ditangguhkan.
Jika ini yang terjadi pada diri anda, jangan pernah bersedih dan merasa rendah diri. Anda masih boleh kelilingi dunia dengan hanya menggunakan kuasa imaginasi tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Nak tahu macam mana?
Jawapannya ialah melalui pembacaan sahaja. Dengan membaca, anda boleh menggerakkan kuasa imaginasi minda secara optimum; membayangkan apa yang digambarkan dari gaya dan teknik penulisan penulis buku.

Berada dalam dunia lain daripada anda lalui sekarang, membaca membolehkan anda berfikir secara kreatif dan kritis tanpa perlu bergerak seinci pun dari katil. Hebatkan kuasa permainan minda?
Mungkin terlihat tidak sesuai bagi sesetengah orang. Tetapi apa kata anda cuba dahulu. Dalam sebuah buku, banyak nilai-nilai yang anda boleh pelajari dan kaut untuk dipraktikkan dalam dunia sebenar.
Tiada duit untuk membeli buku?
Zaman serba canggih kini, penggunaan internet sudah tidak terbatas. Anda boleh membaca hanya dengan melakukan carian di Google dan bebas mencari isi serta tema yang anda mahukan tanpa sekatan.

Khairul Hakimin Muhammad, seorang penulis dan influencer pernah berkongsi dalam hantaran laman sosialnya dengan membaca beliau dapat travel ke luar negara dan boleh mengubah kehidupannya.
Daripada tabiat membaca sebuah buku dalam tempoh masa dua bulan, beliau ubah kepada sebuah buku sebulan dan seterusnya sehingga kini dalam seminggu lebih empat buah buku yang beliau baca.
Mengumpul keberanian daripada buku-buku yang dibaca, beliau mulakan langkah travel ke negara-negara yang dekat. Hasilnya kini, banyak yang beliau pelajari hanya daripada memperbaiki tabiat membacanya dan travel ke seluruh dunia.
https://www.facebook.com/1409650354/posts/10218748823257578?sfns=nmo
Dalam Islam pun ada menyuruh umatnya supaya membaca dalam surah Al-Alaq, ayat 1 hingga 2:
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”
Jadi anda tidak lagi boleh menjadikan masalah kewangan sebagai limitasi untuk anda kelilingi dunia.
Selamat membaca dan mengembara dalam alam imaginasi anda!
Kaya betul siapa yang beli makanan ni.
5 Makanan Termahal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/1958289254262230/