Mydin Halalkan Kedai Dipecah Masuk Mangsa Banjir

Kedai Dipecah Masuk Ketika Banjir, Bos Mydin ‘Halalkan’ Demi Kelangsungan Hidup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kedai Dipecah Masuk Ketika Banjir, Bos Mydin ‘Halalkan’ Demi Kelangsungan Hidup.

Musibah banjir yang melanda beberapa negeri terutama Selangor yang disifatkan luar jangkaan, bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada mangsa tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

Dalam pada media sosial dipenuhi dengan pelbagai hantaran mangsa yang inginkan bantuan serta rakyat Malaysia yang cuba menghulurkan pertolongan sedaya upaya mereka, tular satu klip video di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu memecah masuk beberapa kedai serbaneka.

Perbuatan itu dipercayai mereka yang merupakan mangsa banjir kerana kehabisan bekalan makanan akibat terkandas banjir.

Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Serbaneka
Sumber: Bernama/ TikTok

Menerusi video terbabit, dapat dilihat sekumpulan individu mengambil barangan di kedai terbabit yang pada ketika itu keadaan paras air di paras pinggang.

Menurut media, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam yang turut dilanda banjir dipecah masuk pada Isnin.

Difahamkan, antara kedai serbaneka yang terlibat ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Ia berikutan bantuan lambat diterima dan ada yang tidak dapat menyebabkan mereka terpaksa memecah masuk kedai serbaneka di situ.

Mydin beri respon insiden pecah masuk kedai

Susulan insiden tersebut, Mydin Mohamed Holdings Berhad tampil mengeluarkan kenyataan maklum balas bersimpati dengan keadaan semasa ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19.

“Cawangan MYDIN Mart Sri Muda turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 (Sabtu) dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

“Sejujurnya, saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” kata Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin.

Jangan Panik, Ini Perkongsian Tip Persediaan Hadapi Pasca Banjir


Rata-rata netizen memuji dan mendoakan rangkaian pasaraya besar itu dimurahkan rezeki atas keprihatinan mereka dalam situasi mencabar ini.

BACA: Jangan Panik, Ini Perkongsian Tip Persediaan Hadapi Pasca Banjir