Penjawat Awam

Kecuaian Yang Sering Dilakukan Oleh Penjawat Awam Sehingga Boleh Dipenjarakan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saban hari, dilihat masih banyak lagi berlaku kes yang melibatkan kakitangan kerajaan atau pun penjawat awam yang didakwa atas kecuaian semasa bertugas.

Amat menyedihkan kerana walaupun mereka telah berusaha untuk menjalankan tugas dengan baik, akibat kelalaian mereka tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib atau lebih teruk dibuang kerja atau meringkuk dalam penjara!

Seorang pesara kerajaan, Ir Hj Zainuddin Omar telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menasihati dan mengingatkan penjawat awam di luar sana agar lebih berhati-hati agar tidak mudah melakukan kesilapan sebegini.

Jom sama-sama kita hayati nasihat dari beliau berikut yang diambil dari kisah pengalamannya sendiri untuk dijadikan sebagai pedoman dan peringatan bersama.

Penjawat Awam

Pentingnya Dokumen Untuk Penjawat Awam

Ramai rakan saya semasa zaman bertugas telah diambil tindakan disiplin turun pangkat dan ada yang meringkuk dalam penjara.

Apa kesalahan mereka?

Kebanyakan mereka didapati bersalah kerana cuai dalam tugas.

Semasa saya di sebuah Jabatan pada usia 30’an memang banyak projek berjalan serentak dari harga RM10k hingga berjuta ringgit.

Beratus projek berjalan serentak dari kerja undi, kerja indent, kerja sebutharga dan sehingga kerja tender.

Memang mustahil untuk saya melawat setiap satu projek untuk pemeriksaan dan pengesahan.

Saya mempunyai Junior Technician, Technician Tingkatan Biasa, Technician Kanan, Technician Super Scale, Pembantu Teknik, Pembantu Teknik Kanan, Pembantu Teknik Tingkatan Tertinggi dan para Jurutera untuk menyemak kerja.

Apabila kerja siap saya dapati bahawa saya seorang sahaja yang perlu tandatangan untuk sahkan bahawa projek telah siap dan kontraktor boleh dibayar.

Kadangkala beratus Certificate of Payment berada atas meja saya untuk ditandatangani walhal tidak semua kerja tersebut boleh saya periksa sendiri.

Banyak kali saya terfikir, adakah betul projek telah siap atau adakah penipuan oleh staf bawahan?

Akhirnya saya buat keputusan ubah prosedur untuk tambah pengesahan semua kakitangan pada Certificate of Payment seperti berikut:

  • projek telah disemak – Juruteknik
  • projek disahkan siap – Pembantu Teknik
  • projek disahkan untuk bayaran – Jurutera
  • pembayaran diluluskan – Ketua Jabatan

Dengan cara ini walaupun nampak seperti tambah birokrasi tetapi semua staf yang menjaga projek tersebut bertanggung jawab ‘collectively’ ke atas penyiapan projek tersebut termasuk saya.

Ada staf menuduh saya sebagai penakut kerana memaksa mereka menandatangani pengesahan tetapi saya kata pada mereka jikalau mahu masuk penjara, kita masuk bersama-sama.

Dengan cara tersebut saya dapati semua kakitangan berhati-hati untuk membuat pengesahan dan mereka akan berulang kali menyemak kerja tersebut kerana mereka terpaksa ‘sign’ pengesahan pada dokumen.

Moral of the story.

Jika anda seorang penjawat awam, jangan percaya pada sesiapa kecuali conscience (furqan) anda.

Biar apa orang kata, yang penting anda membuat kerja dengan selamat untuk diri sendiri.

Paling baik, semua keputusan perlulah dibuat secara ‘collective’ dan didokumentasikan terutama dalam minit mesyuarat.

“Mesyuarat telah bersetuju membuat keputusan berikut….”.

Ianya perlu diminitkan.

Ini adalah cara terbaik membuat keputusan bersama dan anda tidak akan dikambing hitamkan jika sesuatu buruk berlaku.

Wallahua’llam.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: zainuddin omar

* in Cebu swimming with the whale sharks. Hati-hati dengan sharks dan jaws dalam jabatan kerajaan.

BACA: Tunjuk Isyarat Jari Tengah Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Sehingga 5 Tahun

Sumber: Zainuddin Omar