
Keajaiban Semasa Kelahiran Rasulullah SAW Dan Hukum Sambutan Maulid Nabi
Bulan Rabiulawal merupakan bulan yang sangat istimewa dan dimuliakan oleh seluruh umat Islam dengan sambutan maulid Nabi di dunia kerana ianya merupakan bulan kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW.
BACA: 3 Nasihat Nabi Muhammad Tangani Wabak Terpampang Pada Papan Iklan Di Amerika Syarikat
Dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada Hari Isnin bersamaan dengan tahun Gajah 531 Masihi di Makkatul Mukarramah, ada beberapa peristiwa ajaib yang berlaku semasa malam kelahiran beliau.
Berikut merupakan perkongsian daripada Mudir Pondok Turath Islam Baitussaadah, Dr Mohd Sobri Ellias berkenaan dengan malam kelahiran Rasulullah SAW.
- Pada malam kelahiran Rasulullah, gegaran kuat telah berlaku di Istana Kisra, Parsi sehingga menyebabkan 14 balkoni istana runtuh. Ia membawa tanda hanya tinggal 14 orang lagi pewaris Raja yang akan memerintah Parsi. Dan dalam masa empat tahun, 10 pemerintah bertukar – jauh daripada sangkaan Raja Kisra yang menganggap ianya akan berlaku dalam tempoh yang lama.
- Tasik Sawa yang sebelum ini dipenuhi air sehingga membolehkan kapal besar berlayar menjadi kering kontang. Air tasik Sawa dianggap suci telah disembah dengan upacara korban dan sebagainya.
- Kilat berdentam dentum memanah syaitan.
- Api sembahan kaum Majusi di Parsi yang dikatakan menyala sejak 1,000 tahun terpadam dan tidak dapat dihidupkan lagi.
- Sewaktu kelahiran baginda, cahaya keluar daripada tubuh bonda baginda, Saidatina Aminah hingga menerangi istana di Syam. Cahaya menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit sehinggakan boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh.
- Jasad Rasulullah SAW ketika dilahirkan sangat luar biasa berbanding bayi lain – bawah kelopak matanya hitam bercelak, tubuhnya berminyak, sudah dikhatankan dan tidak mempunyai lebihan tali pusat. Malah posisi baginda dilahirkan dalam keadaan terbaring dengan kedua tangan mengangkat ke langit seperti sedang berdoa.
- Rasulullah SAW dilahirkan pada malam diiringi suasana damai, harmoni, suhunya tidak terlalu sejuk atau panas.
Sebelum baginda dilahirkan, Siti Aminah menyedari dirinya hamil melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya melalui mimpi ketika beliau sedang tidur.
Para malaikat berdiri di hadapannya dan berkata, “Khabar gembira untuk kamu, wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu ini penolong dan pembebas manusia, namakan dia Ahmad.”
Dan sepanjang beliau mengandung, Saidatina Aminah tidak pernah merasa sakit seperti ibu-ibu yang lain.
Baca mengapa baginda Rasulullah SAW dinamakan sebagai Muhammad DI SINI.
Tonton biografi Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh Ustaz Abdul Somad di pautan bawah:
Hukum Sambutan Maulid Nabi
Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas pernah mengeluarkan pandangan bahawa menyambut Maulid Nabi adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
- pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah
- tiada percampuran lelaki dan perempuan
- menutup aurat
- tiada unsur maksiat
- mempelajari riwayat hidup baginda atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun
- penekanan kepada keperluan mengikuti sunnah baginda
- disemarakkan dengan berselawat kepada baginda
- meraikan kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran baginda dengan bersedekah kepada fakir miskin
Trending now



