
Keajaiban Dan Khasiat Sebenar Buah Pear Yang Selama Ini Ramai Tidak Sangka
Biasa kita dengar khasiat dan kebaikan buah epal sehingga wujudnya ungkapan seperti — “An apple a day keeps the doctor away”.
Maka tidak hairanlah di dalam setiap rumah biasanya sentiasa ada saja stok buah epal untuk dimakan setiap hari oleh seisi keluarga.
Tahukah anda buah pear juga sebenarnya mempunyai khasiat nutrisi yang hebat? Nak tahu apakah sebenarnya keajaiban buah pear?
Jom ikuti perkongsian yang dibuat oleh Dr Mazliana Mazlan di Facebooknya ini.
Pear bagus untuk kahak tau.
Dalam Perubatan Cina, diorang legakan kahak anak-anak dengan sup buah pear. Menarik kan.
Reneh buah pear dengan air, tambah gula batu asli. Bagi anak minum.
Tak nak letak gula, nak makan saja pun boleh. Banyak tau khasiat buah pear. Apa-apa dari sumber sebenar, memang ada kebaikan buat anak kan.
- Pear ada folate dan niacin, bagus untuk sel tubuh berfungsi dengan baik.
- Ada vitamin A, untuk kulit dan penyembuhan luka.
- Tinggi potasium untuk kesihatan otot dan jantung.
- Kandungan antioksida polyphenol, terutama di kulit buah pear, untuk melawan radikal bebas.
- Fiber tinggi untuk penghadaman yang baik.
Dan paling penting, bersifat antiradang. Tinggi flavonoid, dan vitamin. Penting untuk anak-anak, melawan jangkitan kuman dan keradangan. Ini yang anak-anak perlukan. Imuniti makin kuat kan.
Kita cuba ya. Keserasian setiap anak dengan makanan tak sama, mana tahu berkesan dengan anak kita.
Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
BACA: “Boleh Ke Makan Nanas Ketika Mengandung?” – Ikuti Penjelasan Dari Seorang Doktor Pakar O&G
Sumber: Mazliana Mazlan