
Keadaan Terkini Anak Perempuan Gong Yoo Dalam ‘Train to Busan’ Selepas 5 Tahun
Ini keadaan terkini anak perempuan Gong Yoo dalam Train to Busan selepas lima tahun.
Sudah lima tahun ditayangkan, tidak dinafikan filem Train to Busan merupakan antara filem terbaik mengenai zombie yang pernah dihasilkan.
Dilakonkan oleh Gong Yoo, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, Kim Su-an, Choi Woo-shik, Ahn So-hee dan Kim Eui-sung, filem ini kembali menjadi sebutan apabila Gong Yoo hadir sebagai cameo di siri drama terbaharu Squid Game yang trending di Netflix.
BACA: Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam Musim Ke-2 ‘Squid Game’?
Masih ingatkah anda dengan watak anak kepada Gong Yoo, Seo Su-an lakonan Kim Su-an?
Semasa penggambaran, Su-an berusia sembilan tahun dan pada ketika filem ini ditayangkan, Su-an baru berusia 10 tahun dan menjelang 2021 usianya kini sudah mencecah 15 tahun.

Foto terbaharunya daripada agensi yang diterajui Su-an, Blossom Entertainment menunjukkan keadaan terkini Su-an yang sudah pun meningkat remaja dan menjadi salah seorang pelakon muda yang menjadi rebutan pengarah.


Melihatkan pada foto terbaharu itu, ramai yang tidak menyangka ia adalah individu yang sama pernah beraksi bersama Gong Yoo.
Di bawah label yang sama, turut dinaungi pelakon hebat seperti Cha Tae-yeon yang juga merupakan pengasas bersama Blossom Entertainment, Jung So-min, Park Bo-gum, Lim Ju-hwan, Kwak Sun-young dan Jung Moon-sung.
Tahukah anda K-Zombie lebih realistik jika dibandingkan dengan zombie dari negara lain?
Untuk pengetahuan anda, melakonkan watak zombi tidaklah semudah yang disangkakan.
Han Sung Soo, seorang pelakon yang banyak melakonkan watak zombi dalam beberapa filem zombi terkenal antaranya Train to Busan: Peninsula (2020), Alive (2020), Train to Busan (2016) dan Seoul Station (2015).
Baca lanjut di: ‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dalam Filem/Drama Korea Dihasilkan