
‘KD’: Filem Penuh Emosi Ajar Penonton Untuk Gembira Dengan Sekecil-Kecil Perkara
Filem Tamil KD atau nama panjangnya KD Engira Karuppudurai atau Karuppudurai yang diterbitkan pada tahun 2019 mencipta fenomena di Malaysia dengan hanya beberapa klip pendek yang disebarkan di media sosial.
KD, 80 tahun yang sudah koma selama tiga bulan secara ajaibnya tiba-tiba tersedar dan terdengar rancangan anak menantunya yang bersetuju untuk menamatkan riwayatnya dengan menjalankan upcara Thalaikoothal (senicide).
Pada malam itu juga KD melarikan diri dari rumah dan bertemu dengan seorang budak lelaki yatim piatu, Kutty yang ditinggalkan di kuil sejak lahir lagi.
Pada awalnya bermula sebagai musuh kerana kelantangan Kutty dalam berbicara, KD dan Kutty akhirnya menjadi teman yang sangat akrab biarpun jarak umur keduanya besar.
Dalam persahabatan ini jugalah Kutty membantu KD menyempurnakan segala impian-impia kecilnya sebelum hayatnya berakhir termasuklah makan nasi beriani dan berjumpa dengan cinta pertamanya!
Filem yang boleh menyebabkan emosi seperti ‘roller coster’ ini mengajar penonton untuk menikmati hidup dengan rasa bahagia. Malah segala yang diimpikan tidak mustahil boleh dicapai sekiranya ada kemahuan.
Memenangi pelbagai kategori dalam anugerah filem antaranya pengarah terbaik, pelakon kanak-kanak terbaik dan produksi terbaik, anda boleh tonton filem ini di Netflix.
Sebelum itu, tonton dahulu trailer filem KD di pautan bawah: