KBS Sarawak Anjur Pertandingan PUBG Dengan Syarat Kekal #StayAtHome

bunuh diri main PUBG
Sumber: Gulf News

KBS Sarawak anjur pertandingan PUBG dalam kalangan belia.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sarawak mempunyai cara sendiri dalam memastikan remaja di negeri berkenaan tetap kekal di rumah atau #StayAtHome.

Bakal menganjurkan pertandingan PUBG Mobile Online pada 12 dan 13 April ini bermula jam lapan hingga 12 tengah malam, kami dapati syarat untuk menyertai adalah agak menarik.

BACA: Suri Rumah Ini Jana Pendapatan Cecah 5 Angka Sebulan Melalui PUBG

Terbuka kepada semua belia Sarawak berusia 15 hingga 40 tahun, kesemua peserta wajib memiliki telefon bimbit dan talian internet.

Sekiranya pihak penganjur dapati ada yang gagal untuk mematuhi peraturan #StayAtHome, secara automatik, penyertaan akan dibatalkan.

Menganjurkan sesi secara live grouping session, inisiatif daripada KBS Sarawak ini merupakan sesuatu yang wajar dipuji kerana menggalakkan orang ramai dalam kalangan belia untuk tetap di rumah sambil-sambil boleh memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti kegemaran mereka.

KBS Sarawak Anjur Pertandingan PUBG Dalam Kalangan Belia Dengan Syarat Kekal #StayAtHome

KBS Sarawak Anjur Pertandingan PUBG Dalam Kalangan Belia Dengan Syarat Kekal #StayAtHome 1

Terdahulu, KBS Malaysua telah menangguh dan membatalkan semua perhimpunan, program, acara belia dan sukan di bawah seliaan KBS dan agensi-agensinya sehingga 30 April 2020.

Kenyataan Media Menteri Belia dan Sukan ..Penangguhan atau pembatalan semua perhimpunan, program, acara belia dan…

Posted by Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak – Rasmi on Friday, March 13, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya ditamatkan pada 31 Mac lalu telah dilanjutkan sehingga 14 April ini supaya dapat memutuskan rangkaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Susulan dengan perintah berkenaan, rakyat Malaysia diwajibkan untuk mematuhi enam perintah iaitu:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self-quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.