Kawasaki Ninja ZX-25R 2

Kawasaki Jepun Perkenal Ninja ZX-25R Dengan Kuasa 250cc Dan 4 Silinder

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kawasaki Jepun hari ini menjawab desas desus awal tahun ini dengan pengenalan model terbaharu iaitu Ninja ZX-25R di Pertunjukan Motor Tokyo yang berlangsung bermula hari ini sehingga 4 November depan.

Kawasaki Ninja ZX-25R

Menjawab kepada khabar angin bahawa Kawasaki sedang membangunkan kembali enjin 250cc dengan kuasa empat silinder berbanding sebelum ini pastinya membuatkan penggemar motosikal berkuasa tinggi meleleh air liur.

Kawasaki Ninja ZX-25R 5

Kawasaki Ninja ZX-25R 4

Walaupun digelar sebagai jentera entry-level yang sesuai dibawa di litar lumba, Ninja ZX-250R tetap menampilkan ciri-ciri premium seperti lampu LED, konsol digital, teknologi ride-by-wireupside down forklinked monoshock, Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan Power Mode.

Kawasaki Ninja ZX-25R 1

Untuk pengetahuan anda, model ini mempunyai dua versi yang jika dilihat secara sekali imbas hampir sama dengan model premium Kawasaki sebelum ini iaitu Ninja ZX-6R dan Ninja ZX-10R.

Kawasaki Ninja ZX-25R 3

Setakat ini, jumlah horse power jentera ini masih belum didedahkan sama ada sebanyak 49HP atau 60HP, yang mana jika kuasanya melebihi 49HP maka ia akan mengungguli motosikal versi 250cc yang lain serta melebihi kuasa motosikal enjin dua ‘dapur’ seperti Ninja 300cc, Ninja 400cc dan jenama lain seperti Honda CBR500R.

Bakal dilancarkan di Asia sekitar tahun depan, masih tidak dapat dipastikan lagi bilakah model ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S2hzYAIBw/