
Kasut Michael Jordan Catat Sejarah Terjual Dengan Harga RM2.5 Juta
Sepasang kasut sukan yang pernah dipakai bekas bintang bola keranjang, Amerika Syarikat (AS), Michael Jordan mencatat sejarah dalam satu acara lelong rumah lelong terkemuka, Christie’s apabila berjaya terjual dengan harga RM2.5 juta sepasang.
BACA: Pemain Bola Keranjang Dedah Bagaimana Beliau Berparti Bersama Kim Jong-un
Kasut jenis Air Jordan 1 High itu memiliki nilai sentimental aksi rejaman bola Michael Jordan pada perlawanan pertunjukan di Itali pada tahun 1985 sehingga menyebabkan kaca papan pantul pecah.

Memecah sejarah sebagai kasut sukan termahal pernah dilelong, angka bidaan itu bagaimana pun tidak mencapai sasaran yang dijangkakan oleh rumah lelong Christie’s iaitu antara RM2.7 juta hingga RM3.56 juta sepasang kerana disifatkan sebagai barang rarest of the rare.


Lima kali dinobatkan sebagai pemain MVP, Michael Jordan merupakan salah seorang pemain bola keranjang terbaik dalam sejarah permainan yang membantu menaikkan profile NBA ke seluruh dunia.
Sebelum ini, cermin mata ikonik milik bekas kumpulan The Beatles, John Lennon berjaya dilelong menerusi platform lelongan dalam talian dengan harga RM827,000.
BACA: Walaupun Patah, Cermin Mata Ikonik John Lennon Tetap Berjaya Dilelong Dengan Harga RM827,000
Diangkat sebagai cermin mata paling terkenal ketika zaman rock ‘n roll, cermin mata ikonik John Lennon itu berjaya dilelong kepada seorang pembida dalam talian yang tidak dikenali identitinya walaupun sebelah bingkainya sudah patah dan satu daripada cerminnya tercabut.
Selain itu salah seorang pemain bola keranjang Amerika Syarikat, Dennis Rodman pernah melakukan pendedahan bagaimana beliau dan rakannya yang juga Pemimpin Agung Korea Utara, Kim Jong-un berparti.
Trending now



