Kartel Dadah Jalan Operasi Persis Pablo Escobar Versi Langkawi 3

Kartel Dadah Langkawi Jalan Operasi Persis Raja Dadah Dunia, Pablo Escobar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kartel dadah Langkawi jalan operasi persis Pablo Escoar.

Terkenal sebagai pulau bebas cukai, Langkawi yang kaya dengan keindahan semula jadi rupanya telah dicemari dengan najis dadah.

BACA: Berita 1,000 Tempahan Hotel Dalam Tempoh Masa 45 Minit Di Langkawi Adalah Palsu

Biarpun sudah berkali-kali pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melakukan seruan, jumlah penagihan dan rampasan masih sama malah semakin bertambah.

Menurut sumber Harian Metro, kegiatan yang seakan tak pernah menuju ke penamatnya adalah disebabkan ianya dilindungi pihak berkuasa ‘beruniform biru’.

Kartel Dadah Jalan Operasi Persis Pablo Escobar Versi Langkawi 2
Sumber: Harian Metro via fedtri Yahya

Kegiatan penagihan dan penjualan dadah yang membabitkan tokan kecil dikatakan dikawal seorang anggota polis dan konconya. Sekiranya ada tokan baru yang cuba menjalankan perniagaan tanpa ‘restu’ mereka, pastinya akan ditahan.

Sengaja mewujudkan rangkaian sama seperti Raja Dadah Dunia, Pablo Escobar yang berjaya memonopoli industri gelap pengedaran dadah di Amerika Syarikat, pengedar utama yang dikenali sebagai Mat Nahar akan dilindungi bagi mengedarkan dadah yang majoritinya diseludup dari negara jiran seperti pil kuda, heroin dan syabu melalui jalan tikus supaya ianya dapat dibekalkan kepada kelompok penagih di sana.

Kartel Dadah Jalan Operasi Persis Pablo Escobar Versi Langkawi 1
Sumber: Harian Metro

Walaupun ada operasi tangkapan dan rampasan dibuat, ianya cumalah sekadar untuk menutup mata dan mulut masyarakat setempat. Mat Nahar yang juga bergelar jutawan didedahkan menjadi penyumbang dana terbesar kepada anggota terbabit dan konco-konconya.

Menurut sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. N, Mat Nahar kemudiannya dilaporkan meninggal dunia dalam satu insiden kebakaran pada April 2019 yang turut meragut nyawa isteri dan anak lelakinya. Namun insiden tersebut masih lagi menjadi misteri.

Kartel Dadah Jalan Operasi Persis Pablo Escobar Versi Langkawi
Sumber: Harian Metro