K-Clique Voom Asia 2

Karisma Hip Hop K-Clique Pikat Generasi Muda Di Publika

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semakin mendapat tempat dalam masyarakat terutamanya generasi muda, kumpulan K-Clique dari Kinabalu, Sabah ini melonjak naik apabila lagu ‘Lane Lain Line’ menjadi siulan ramai.

Dianggotai oleh lapan orang iaitu MK, Tuju, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas kumpulan K-Clique sebenarnya sudah bermula dari zaman mereka di bangku sekolah lagi.

Dengan lirik yang catchy dan berima dalam menyampaikan mesej secara terang dan jelas, persembahan K-Clique semasa majlis pelancaran produk Voom Asia di The Bee, Publika cukup mengagumkan pengunjung yang rata-ratanya dari golongan muda.

https://www.instagram.com/p/B4cxd9VhFT8/

Cukup hebatnya aura dan karisma kumpulan K-Clique ini sehingga mampu membuatkan anak-anak muda menghafal keseluruhan lirik lagu mereka serta menonjolkan bakat hip hop yang ada dalam diri masing-masing.

https://www.instagram.com/p/B48wwWhn2jb/

Selain daripada persembahan, majlis pelancaran produk Voom Asia ini turut diserikan dengan interaksi bersama peminat.

K-Clique Voom Asia
Sumber: IG @alisha_grays

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk Voom Asia, anda bolehlah kunjungi laman Instagram mereka DI SINI.

AMARAN:

PRODUK VOOM ASIA HANYA UNTUK MEREKA YANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS SAHAJA!

 

Manga paling laris sehingga kini.

ONE PIECE : Manga Paling Laris

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.