Charlie Hebdo

Karikatur Biadab Charlie Hebdo – Kartunis Malaysia Diminta ‘Lawan Balik’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pengarang Berita Harian, Nazmi Yaakub melaporkan, kartunis dan penyedia kandungan digital di Malaysia digesa agar bangkit untuk memberikan reaksi terhadap akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

Ini susulan karikatur jelik yang ditujukan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria yang diterbitkan oleh akhbar tersebut.

Melalui akaun Twitternya, Charlie Hebdo telah memuat naik karikatur yang dihasilkan oleh kartunis Pierrick Juin yang menggambarkan bangunan rosak, kereta terbalik dan puing-puing runtuhan yang digambarkan seperti bencana gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Di bawahnya diletakkan kapsyen biadab dalam bahasa Perancis yang bermaksud: ‘Tidak perlu hantar kereta kebal.’

Kartunis yang berasal dari Palestin, Mahmoud Abbas kemudiannya bertindak balas memuat naik di akaun Twitternya karikatur yang menggambarkan seekor anjing menemani seorang mangsa di bawah runtuhan bangunan sedangkan watak babi memakai baju kuning tertera perkataan Charlie Hebdo di belakangnya hanya melihat dengan rupa penuh muslihat.

Charlie Hebdo

Mahmoud yang juga merupakan Penerbit Kandungan Digital Al Jazeera turut memuat naik karikatur lain di akaun Twitternya, Mahmoud3bbas yang memuji usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi mengesan mangsa gempa bumi.

Jelasnya, tindakan Charlie Hebdo sangat menjijikkan apabila mendakwa mereka memperjuangkan hak kebebasan berekspresi tetapi memperolok-olokkan mangsa gempa.

“Ketika serangan terhadap pejabat akhbar Charlie Hebdo berlaku (pada Januari 2015), seluruh dunia bersimpati kerana mereka dianggap sebagai mangsa walaupun sebelum itu mereka melakukan kesalahan kepada Nabi kita.

“Adalah tidak boleh diterima tindakan menyerang idea atau kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi memperolok-olokkan mangsa atas nama hak kebebasan berekspresi,” tambahnya lagi.

Pereka grafik dan animasi Turkiye, Abrar Sabbah turut membantah ‘lawak bodoh’ Charlie Hebdo tersebut dengan ‘mengajar’ pelukis karikatur akhbar terbabit bagaimana untuk menghasilkan lukisan yang lebih bersifat manusiawi.

Abrar telah memuat naik video yang menunjukkan bagaimana beliau memadam sebahagian lukisan dan kata-kata keji dalam karikatur itu, sebelum melukis tangan yang menggenggam bendera Turkiye.

Charlie Hebdo

Tindakan kurang ajar Charlie Hebdo tersebut turut menerima kecaman dari ramai tokoh Muslim, ulama dan pemimpin hak sivil di Amerika Syarikat.

Antaranya ialah Omar Suleiman; Profesor Undang-Undang dan penulis The New Crusades: Islamophobia and the Global War on Muslims, Khaled Beydoun dan Editor Laman Web Muslim British, 5Pillars serta pengarang Confessions of a Muslim Journalist, Roshan M Salih.

Malah, tokoh bukan Islam seperti ahli politik dan wartawan Jerman, Jurgen Todenhofer turut menghina dan mengeji perbuatan tindakan Charlie Hebdo tersebut yang disifatkannya sebagai amat menjijikkan kerana mempersendakan penderitaan orang lain.

Charlie Hebdo

BACA: Gempa Bumi Turkiye: Remaja Guna Instagram Mohon Diselamatkan Dari Runtuhan

Sumber: Berita Harian