Kapal China Cuba Ceroboh Masuk Sempadan Perairan Malaysia Sebanyak 89 Kali Sepanjang 4 Tahun 1

Kapal China Cuba Ceroboh Masuk Sempadan Perairan Malaysia Sebanyak 89 Kali Sepanjang 4 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kapal China cuba ceroboh sempadan perairan Malaysia.

Dalam satu laporan semalam (14 Julai) mendedahkan antara tempoh 2016 hingga 2019, kapal pengawal pantai China serta dan tentera laut dikatakan telah melakukan cubaan memasuki sempadan perairan Malaysia sebanyak 89 kali.

Bukan itu sahaja, kapal berkenaan juga didapati sering berada di kawasan sempadan perairan Malaysia sehingga pernah dihalau keluar (menjauh) oelh angkatan laut Malaysia.

Kapal China Cuba Ceroboh Masuk Sempadan Perairan Malaysia Sebanyak 89 Kali Sepanjang 4 Tahun 1
Sumber: Mata Mata Politik

Laporan berkenaan didedahkan dalam ketegangan antara Amerika Syarikat dan China mengenai tuntutan Beijing (China) terhadap sebahagian besar Laut China Selatan yang kaya dengan sumber daya serta merupakan jalan perdagangan utama.

Namun Amerika Syarikat menganggap tuntutan Beijing adalah haram kerana tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Sebelum ini, pada Januari lalu,  China telah menuntut kedaulatan ke atas Kepulauan Spratly dan perairannya atas alasan nelayan China sudah lama berada di sana.

Namun Indonesia telah menolak tuntutan tersebut dengan mengatakan ianya sebagai tiada asas perundangan.

BACA: Krisis Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Kerah Kapal Perang Berdepan China

Berang dengan tuntutan China, Kementerian Luar Indonesia menggesa China menjelaskan asas perundangan dan sempadan jelas terutamanya berkenaan tuntutan di zon ekonomi eksklusif mengikut Undang-Undang Laut (Unclos) 1982 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Disebabkan keengganan dan kedegilan kapal milik Beijing yang enggan meninggalkan kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif di Natuna, Indonesia telah mengerahkan empat kapal perang tambahan ke lokasi terbabit bagi menyertai empat kapal lain yang akan dihantar hari ini

Sumber: The Edge Market, Sinar Harian,