
Kanye West Tidak Gembira Dengan Gelaran Jutawan Yang Diterima
Apabila seseorang itu mendapat gelaran jutawan, pastinya ia sebuah berita gembira dan satu penghormatan kerana dengan gelaran itu, anda dipandang tinggi atas titik peluh selama ini.
Namun, pendekatan ini berbeza terhadap penyanyi rap terkenal, Kanye West yang kini mendapat gelaran jutawan tidak begitu gembira.
Forbes mengumumkan pemuzik itu kini termasuk dalam senarai individu yang bernilai sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.4 bilion), terima kasih kepada kasut bola keranjang yang mempunyai namanya atas kolaborasi dengan Adidas. West adalah penyanyi rap Amerika kedua yang memasuki senarai Forbes selepas Jay-Z.
Jumlah kasar kekayaan suami kepada bintang program realiti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian itu kini berjumlah AS$1.3 bilion (RM56.6 bilion). Ia termasuk kasut Adidas Yeezy sering dijual dengan harga lebih dari AS$200 (RM872) sepasang di Amerika Syarikat dan di tempat lain.
Walaupun kini secara rasmi tergolong sebagai jutawan, West bagaimanapun tidak senang dengan Forbes dan mendakwa mereka telah menilai dirinya rendah.
“Ia bukan satu bilion. Sepatutnya 3.3 bilion kerana tidak ada seorang pun di Forbes yang tahu cara mengira,” kata West kepada Forbes.
West dilaporkan telah mengirim hantaran kepada wartawan Forbes dengan menyatakan ‘artikel kurang ajar’ dan ‘sengaja menyindir saya’.
West sebelum ini bekerjasama dengan jenama Nike sebelum berkolaborasi dengan Adidas pada 2015.
Forbes melaporkan, West sudah bertahun-tahun menekan majalah itu untuk disenaraikan sebagai salah seorang terkaya tetapi ditolak berikutan kekurangan bukti.
Sebahagian besar kekayaan West adalah dari hartanah yang dimilikinya.
Sumber: Mirror