
Kanser Prostat – 30,000 Lelaki Maut Akibatnya Setiap Tahun, Adakah Makanan Yang Jadi Punca?
Selain dari kanser kulit, kanser prostat disebut sebagai salah satu pembunuh utama kaum lelaki yang mengakibatkan kira-kira 30,000 kematian di Amerika Syarikat pada setiap tahun.
Golongan selebriti elit dan kaya-raya Hollywood seperti William Hurt, Dennis Hopper dan Roger Moore turut terkorban akibatnya. Malah Ian McKellen, Robert De Niro dan Ben Stiller turut menghidapinya.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebooknya, terdapat beberapa jenis makanan yang dipercayai penyebab kepada kanser prostat yang merbahaya ini.
Ikuti perkongsian ilmu yang dibuat olehnya berikut untuk dijadikan sebagai panduan kesihatan untuk seluruh rakyat Malaysia.
KURANGKAN BEBERAPA JENIS MAKANAN DIPERCAYAI PENYEBAB KANSER PROSTAT
Kanser prostat merupakan antara kanser pembunuh utama dalam kalangan lelaki. Namun jika dikesan lebih awal ia dapat dirawat dan peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.
Punca sebenar bagaimana kanser berlaku masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan saintis walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi puncanya.
Salah satu faktor yang boleh menjadi penyumbang kepada kanser prostat adalah jenis makanan yang dimakan.
Kanser prostat juga dipercayai boleh dicegah dengan mengawal pemakanan dan pengambilan beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab kanser prostat.
DAGING MERAH DAN DAGING PROSES
Amalan diet harian yang tinggi dengan pengambilan daging merah terutamanya yang dimasak lama boleh menjadi penyebab peningkatan risiko penyakit kanser prostat.
Ia berikutan kandungan heterosilik amino (HCA) yang bpleh menjadi pencetus kepada perkembangan sel kanser. HCA juga telah dikaitkan sebagai faktor menyebabkan berkembangnya beberapa jenis kanser.
Ia merupakan entiti yang terhasil apabila daging merah dimasak dalam suhu tang tinggi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mencadangkan bahawa pengambilan daging merah dan daging proses mungkin menjadi penyebab bertambahnya risiko kanser prostat.
PRODUK TENUSU
Pengambilan prosuk tenusu yang banyak juga boleh meningkatkan terhadap risiko terjadinya kaser prostat.
Menurut sebuah jurnal dan kajian yang diterbitkan menerusi Journal of Nutrition mendapati jika seseorang mengambil produk tenusu setiap hari, ia boleh mencetus kepada perkembangan kanser prostat.
Susu skim dan rendah lemak juga boleh menjadi punca kepada risiko tahap rendah kanser tersebut. Oleh sebab itu, cuba kurangkan pengambilan produk tenusu.
Jika boleh, pilih susu daripada jenis rendah lemak atau bebas lemak.
LEMAK TEPU
Berikut adalah jenis makanan yang mempunyai kandungan lemak tepu. Makanan yang mengandungi lemak tepu ini bukan sahaja meningkatkan risiko kanser prostat malah ia juga tidak elok untuk kesihatan jantung.
Terdapat kajian mendapati ia boleh menjadi ‘pencetus’ kepada kanser jenis ini walaupun kajian tersebut tidaklah menyeluruh.
Namun jika boleh, kawal pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dalam menu harian anda.
Di antara makanan yang dikenali mengandungi lemak tepu adalah daging, produk tenusu, ‘salad dressing’, makanan yang dibakar dan makanan yang diproses.
Sebaliknya selang-selikan diet anda dengan makanan sihat yang monosaturated dan polyunsaturated seperti ikan, avokado, kekacang, minyak zaitun dan bjirin.
Segera berjumpa doktor jika anda alami beberapa simptom merisaukan seperti berikut:
- Kesukaran membuang air kecil
- Terdapat darah dalam semen
- Mati pucuk
- Sakit belakang dan tulang pelvik
Kredit: Astro Awani
#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
BACA: Batu Karang – Bagaimana Penyakit Ini Berlaku Dan Kenapa Kaum Lelaki Yang Selalu Kena
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad