
Kandungan Lucah Dalam Roblox – Golongan Ibu Bapa Tampil Bantu Beri Pencerahan
Pasti ramai ibu bapa yang dah kenal sangat dengan permainan video atas talian – Roblox yang sangat popular di kalangan kanak-kanak pada hari ini.
Roblox merupakan satu platform sistem pembangunan permainan dalam talian yang membolehkan pemainnya membina blok maya seperti Lego dan mereka bentuk permainan mereka sendiri atau bermain pelbagai jenis permainan lagi yang dibuat oleh pemain yang lain melalui rangkaian sosialnya.
Terdapat berita yang kurang enak didengar akhir-akhir ini mengenai kandungan di dalam Roblox yang merbahaya dan lucah serta dikhuatiri boleh meracuni fikiran generasi akan datang.
Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Mohd Fhais Salim di Facebooknya berkenaan dengan isu Roblox ini:
Bahaya Roblox yang semua parent kena tahu sebelum bagi anak main.
Nampak macam biasa je games budak-budak ni tapi sebenarnya banyak impak negatif pada otak anak-anak kita.
Antaranya:
– Mengajar anak tentang tubuh badan dan isu seksual dengan cara yang salah. Ini bahaya!
– Games ni menggalakkan seks bebas, dengan sesiapa pun boleh.
– Adult content di dalam games tersebut tidak terkawal, bersepah!
– Anak belajar perkataan crush, dating, sex dan private parts semuanya dalam games ni. Eii, seram sungguh la.
– Walaupun secara maya, kesannya otak anak-anak kita kena brainwash. Yang salah jadi betul pula.
– Lagipun sesiapa sahaja boleh main games ni, tak kira umur dan jantina, tak mustahil pedofilia pun mencari mangsa dari sini.
– 3 benda ni memang berleluasa dalam Roblox iaitu seks, buli dan keganasan.
Banyak lagi tapi tak sanggup nak tulis lagi, kesimpulannya jangan la bagi anak main games sampah begini.
Kalau nak anak belajar tentang seks, private parts dan sentuhan badan halal haram saya rekemen join seminar tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi, jauh lebih baik dari Roblox tu.
Info di sini 👉 https://bit.ly/3t2SRU7
—–
Walau bagaimanapun, penulisannya mengenai bahaya Roblox tersebut mendapat reaksi yang bercampur baur di ruangan komen.
Melalui beberapa komen dari golongan ibu bapa, ramai didapati turut kurang bersetuju, mempertikaikan serta ingin memperbetulkan salah faham mengenai Roblox tersebut.
“Eyhh..tak tepat ni. Saya ulang lagi. Artikel ini tak tepat dan semberono ditulis.
Kat Roblox, perkataan macam tu pun tak akan keluar dekat chat kalau ditulis.
Memang kena block terus. Admin mohonlah check sebelum tulis artikel macam ni. Mengelirukan ibu bapa dan sembang bimbang tanpa rasa ada tanggungjawab yang ikhlas.
Cuba dulu main Roblox dengan anak anak. Selami denyut nadi dia orang. Apa yang best dengan Roblox ni.
Semua perkara di sekeliling kita semakin maju. Kita ibu bapa juga harus seiring belajar benda baru.
Saya boleh kata setiap hari main Roblox dengan anak-anak saya. Kita orang ada akaun masing-masing, dan selalu main multiplayer sama-sama.
Ada macam-macam game yang menjana kreativiti kanak kanak yang tak tercapai sewaktu zaman kita dulu.
Tulis artikel, biarlah beretika dan ada rasa tanggungjawab” – Nurfaiz Foat
“Kurang tepat info ni. Better do research dulu before post” – Nul Widaya Mohamed Nawi
“Anak-anak akak pun dok main game ni..itu yang macam pelik pulak bila baca artikel ni. Tak pernah pulak nampak benda-benda gini.” – هسماواتي مالك
“Dalam Roblox memang chat kena censored.. dalam gambar ni BUKAN Roblox punya tapi dah diubahsuai oleh mereka yang tak bertanggungjawab.. Roblox aktif membasmi elemen yang tak bermoral dan hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja. Roblox kat YT tu lain cerita.. Saya guna Microsoft Family Safety untuk komputer dan Family Link untuk phone.” – Syafiq Affendi Mahalley
“Tengok komen ni. Kita main elok je takde pulak macam ni. Kadang taip panjang sangat pon kena censored padahal takde ape pon. HAHAHAH ni sume syikin!!!” – Nur Fa
—–
Ada lagi tak ibu bapa di luar sana yang ingin berikan pendapat atau kongsikan pengalaman mengenai Roblox?
Sila tinggalkan komen anda untuk manfaat bersama.
BACA: China Larang Kanak-Kanak Akses Permainan Video Selepas 10 Malam
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim