Kandungan Jelik Dan Lucah

Kandungan Jelik Dan Lucah: JAKIM Dan Menteri Digesa ‘Buka Mata’ Dan ‘Buat Kerja’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tak pasal-pasal ramai yang kurang pahala puasa selepas menonton klip video lagu raya terbaharu yang dimuat naik oleh seorang usahawan kosmetik baru-baru ini.

Pelbagai kata caci maki dan carutan secara automatik ‘terkeluar’ selepas ramai penonton hilang sabar dan seolah-olah tidak dapat lagi membendung perasaan marah, meluat dan menyampah yang teramat sangat semasa menonton konten sampah tersebut.

Seperti biasa, ruangan media sosial menjadi luahan perasaan warganet yang kecewa dan sedih melihat kesucian Ramadan dan Aidilfitri dicemari oleh orang Islam sendiri yang kononnya lebih ‘open minded’ tersebut.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar melalui Facebooknya turut ‘menghentam’ video ini dan video-video terdahulu dari usahawan kosmetik ini yang disifatkannya sebagai mempromosi gaya hidup orientasi seks songsang dan transgender/gender ketiga.

Selepas gagal ‘menyelamatkan’ seorang ikon songsang popular yang juga seorang usahawan kosmetik yang sempat melarikan diri ke Thailand dan berhijrah ke Australia tidak berapa lama dahulu, pihak berwajib kali ini disarankan oleh orang ramai agar jangan terlalu ‘slow’ buat kerja.

Dalam hantarannya berikut, Dr Rafidah Hanim turut memberikan pandangan dan teguran bagi menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar lebih tegas dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

1 Kandungan Jelik Dan Lucah

𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮, 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗶𝗳𝗳 𝗦𝘆𝘂𝗸𝗿𝗶, 𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶-𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂.

Umum mengetahui bahawa strategi pemasaran beliau adalah menimbulkan kontroversi dan berselindung di sebalik “seni”.

Bukanlah asing, lelaki cisgender (kata lawan kepada transgender) dan seorang heteroseksual, yang kita kata normal, boleh menjadi orang yang paling kuat mempromosi gaya hidup songsang.

Secara konsisten, video-video Aliff Syukri mengenengahkan individu transgender atau bertemakan lelaki lembut yang di koreograf sedemikian rupa. Tahun 2018 beliau tampil dengan video Bobo Dimana bersama 2 orang transgender dengan pakaian yang seksi.

Usahawan seperti beliau berpegang kepada “bad publicity is still publicity”.

Beliau tidak kisah walaupun masyarakat bakal terkesan dengan paparan songsang tersebut. Kita juga rasa terkilan kerana beliau mempunyai anak-anak yang meningkat remaja.

PAPARAN MEDIA BERI KESAN PADA REMAJA

Paparan media memberi kesan kepada remaja. Ia sebahagian dari “nurturing factor” atau faktor mempengaruhi.

Satu kajian melaporkan bahawa peningkatan kes rujukan kanak-kanak dengan kecelaruan jantina (gender disforia) adalah berkadar terus dengan meningkatnya paparan media mengenai transgender. Kajian ini melibatkan seramai 5000 remaja transgender yang dirujuk ke klinik transgender di Australia dan UK dalam tempoh 8 tahun.

https://jamanetwork.com/journals/jamanetworkopen/fullarticle/2768726

Ibu bapa di Barat melahirkan kebimbangan kerana seiring dengan peningkatan gender disforia dalam remaja, beratus-ratus klinik gender muncul. Klinik-klinik ini berorientasikan kapitalisma dan dengan segera memberi preskripsi hormon pencegah baligh dan sesetengahnya mengesyorkan pembedahan pertukaran jantina kepada mereka yang semuda 15-16 tahun.

Ada dikalangan ahli psikologi mula melahirkan kebimbangan kerana kes-kes gender disforia di kalangan remaja yang mereka lihat biasanya jarang-jarang sekali, kini melibatkan ramai; sekumpulan rakan-rakan sekelas. Mereka menyifatkan trend ini sebagai gerakan sosial (social movement) dan bukannya diagnosis sebenar.

Seorang penyelidik Dr Lisa Littman mengesyorkan Rapid Onset Gender Disforia (ROGD) atau Gender Disforia Pantas. Ini kerana beliau mengenalpasti pola luarbiasa apabila seorang demi seorang remaja dari lingkungan kumpulan sahabat yang sama mengisytiharkan diri mereka sebagai transgender dalam skala yang melebihi jumlah kes biasa (iaitu seramai 67% responden). Kajian beliau telah diterbitkan di journal berwasit Plos ONE. Seperti biasa berlaku bantahan dari aktivis pro-eligibiliti kononnya beliau menyebarkan salah konsep dan bias (perkara yang biasa kini bagi mana2 penyelidik yang dianggap menentang naratif pro-eligibiliti) menyebabkan artikel beliau disemak semula oleh editor. Walau bagaimanapun, tiada perubahan keputusan kajian dalam artikel walaupun selepas semakan.

https://quillette.com/2019/03/19/an-interview-with-lisa-littman-who-coined-the-term-rapid-onset-gender-dysphoria/

TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Sebagai sebuah negara Islam yang menjunjung Rukunegara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan serta berteraskan undang-undang Syariah, dalam era kita disogok dengan budaya orientasi seksual dan identiti gender yang bersalahan dengan agama dan budaya, inilah masanya kerajaan mengorak langkah lebih tegas memantapkan polisi memelihara nilai kekeluargaan yang baik.

Undang-undang sedia ada adalah ke atas perlakuan songsang, namun kita perlu kepada undang-undang ke atas sebarang paparan media yang boleh ditafsirkan sebagai mempromosi gaya hidup orientasi seks songsang dan transgender/gender ketiga.

Namun video-video Aliff Syukri buat masa ini sepatutnya boleh dikategorikan sebagai kandungan yang jelik dan lucah di Internet dibawah Akta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini memperuntukkan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA: Iklan Raya BoboiBoy Sentuh Hati Netizen, Bakal Tenggelamkan Video Raya Aliff Syukri

Sumber: Facebook Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar