Kanak-Kanak Terbang Diikat Layang-Layang

Kanak-Kanak 3 Tahun ‘Terbang’ Setinggi 10 Meter Dililit Layang-Layang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Festival Layang-Layang Antarabangsa 2020 di bandar Hsinchu, Taiwan bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun diterbangkan layang-layang, pada Ahad.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin berusia tiga tahun itu berada di lokasi berlangsungnya festival terbabit ditarik layang-layang akibat angin kencang.

Mirror.co.uk melaporkan, tali layang-layang berkenaan kemudian membelit perut Lin sebelum dia ditarik naik ke udara sehingga mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung.

Bagaimanapun, Lin bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya calar pada bahagian tubuh, lapor Taiwan News.

Dalam video yang tular di laman sosial menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bergayut di udara beberapa saat ditarik layang-layang.

Video itu juga menunjukkan budak perempuan itu ditarik agak tinggi selain berpusing beberapa kali di udara setinggi 10 meter sehingga menyebabkan orang ramai sukar mempercayai dengan apa yang berlaku pada mangsa.

Kanak-Kanak Terbang Diikat Layang-Layang

Pengunjung juga menjerit untuk menarik perhatian orang ramai agar membantu menyelamatkan mangsa yang masih berada di udara dan beberapa individu sempat menyambutnya sebelum terjatuh ke tanah.

Kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat selepas berjaya dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian. Menurut ibu bapanya, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma.

Festival anjuran kerajaan negeri itu terpaksa dibatalkan ekoran kejadian itu dan Datuk Bandar Lin Chih-chien turut memohon maaf menerusi laman Facebook atas kejadian yang berlaku.

Datuk Bandar kemudiannya memberi jaminan untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian untuk mengelak kejadian sama daripada berulang pada masa akan datang.

Untuk melihat lebih banyak sisi:

https://twitter.com/anthraxxxx/status/1300024328096903168

Sumber: Awani

BACA: Dianggap Ancam Keselamatan Negara, Mesir Haramkan Penduduknya Main Layang-Layang