Kanak-Kanak 2 Tahun Positif COVID-19

Kanak-Kanak 2 Tahun Hidap Kanser Leukemia Kini Positif COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam seminggu ini, corak kehidupan penduduk Malaysia bahkan seluruh dunia berubah sekelip mata akibat penularan wabak berbahaya ini. Bilangan individu yang positif COVID-19 ini direkodkan sebanyak 1,624 orang yang tidak mengenal sesiapa pun sasarannya sama ada tua mahupun muda.

Semalam, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun yang menghidap kanser darah leukemia telah disahkan positif COVID-19. Perkara ini disampaikan menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser -PESONA.

Kanak-kanak terbabit ialah Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee yang usianya baru 2 tahun 4 bulan. Difahamkan, kanak-kanak itu sepatutnya menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti COVID-19.

Kanak-Kanak 2 Tahun Positif COVID-19
Sumber: FB

“Mohon didoakan agar anakanda Fateh sembuh dan dapat meneruskan perjuangannya,” ujar PESONA.

Pengumuman itu menarik perhatian ramai pihak hingga meraih lebih 700 perkongsian setakat ini.

Selain mendoakan agar anak kecil ini tabah menghadapi penyakit berjangkit ini, netizen juga berharap agar Fateh diberi kesembuhan seperti kanak-kanak seusianya.

Dalam pada itu, tidak pasti bagaimana kanak-kanak terbabit boleh terkena jangkitan berbahaya ini kerana tiada penjelasan lanjut. Melihat situasi ini, mereka yang dijangkiti bukan sahaja daripada golongan warga emas malah turut terkena pada kanak-kanak sekecil ini.

Marilah kita berdoa semoga adik Fateh diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Sumber: Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser – Pesona