Warga Asing Layanan Baik Malaysia

‘Kami Dilayan Sangat Baik’ – Warga Asing Kongsi Pengalaman Dirawat Di Hospital Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Warga Asing Kongsi Pengalaman Dirawat Di Hospital Malaysia

Isu dokumentari kontroversi Al Jazeera baru-baru ini pastinya amat memberi kesan mendalam terhadap imej Malaysia sekali gus telah menaikkan kemarahan rata-rata rakyat Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah pihak berkuasa Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih terhadap golongan warga asing padahal ia langsung tidak betul.

Semua bagus, doktor bagus, makan bagus

Bagaimanapun, tidak semua warga asing yang bekerja di sini bersikap begitu. Seperti warga Pakistan yang ditemuramah Bernama, katanya dia menerima layan yang begitu baik oleh kakitangan hospital ketika disahkan positif COVID-19, sekali gus menyangkal dakwaan warga asing menerima layanan buruk di sini.

Wajid Ali dan 12 lagi anggota keluarga disahkan positif COVID-19 pada Mac lalu. Mengimbau kembali detik itu, peniaga berusia 31 tahun itu berkata, ambulans datang ke rumahnya di Masjid India dan kemudian mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan dirawat selama lebih tiga minggu.

“Semua bagus. Doktor bagus. Makan bagus. Semua okey. Kami dilayan sangat baik.

“Doktor dan jururawat sangat baik terhadap saya dan anak-anak saya,” katanya kepada Bernama, sambil menambah mereka juga diberi makanan dan menukar pakaian setiap hari sepanjang menerima rawatan.

Namun, ayahnya meninggal dunia awal April selepas dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ketika ayah saya dirawat di ICU, doktor sentiasa memaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai keadaan ayah sehinggalah ayah saya meninggal dunia,” kata Wajid.

Fasih bertutur dalam bahasa Melayu, beliau berkata 12 lagi anggota keluarganya ditawarkan tempat kuarantin apabila semuanya didapati negatif selepas menerima rawatan terakhir mereka.

Namun, mereka menolak tawaran tersebut dan memilih untuk tinggal di hotel dengan perbelanjaan sendiri bagi menjalani kuarantin selama dua minggu.

Warga Asing Layanan Baik Malaysia

Malaysia sediakan rawatan percuma kepada warga asing

Wajid yang menetap di sini selama 12 tahun, gembira kerana kerajaan Malaysia menyediakan rawatan percuma untuk COVID-19 walaupun kepada warga asing sepertinya. Katanya, kos ujian saringan COVID-19 di hospital swasta mencecah RM580 setiap seorang.

Selain keluarga Wajid, Mohd Humayun dari Bangladesh yang bekerja di sini selama lima tahun turut berkongsi maklum balas positif ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, kakitangan hospital menjaganya dengan baik seperti memberi makan dan kerap membuat pemeriksaan.

Rakan senegaranya, Kamal yang sentiasa menghubungi semasa Humayun dirawat mengiyakan kenyataan tersebut malah meggambarkan yang kawannya itu sedang bercuti dan bukan mendapat rawatan.

“Sebelum dia balik, kami buat panggilan video. Saya tanya, mereka jaga macam mana? Dia cakap, mereka jaga dengan baik. Ubat tak banyak, rehat banyak, tak ada kacau,” katanya.

Tidak dinafikan, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang memandang sinis terhadap mereka tetapi majoritinya lebih banyak memberi bantuan.

Penafian tentang isu ini turut didokong oleh seorang warga Pakistan yang telah pulang ke tanah airnya setelah empat tahun bekerja di sini.

https://www.facebook.com/Shareef7311/photos/a.133043587395660/589068128459868/?type=3&theater