
Kali Ini Betul-Betul ‘Confirmed’, Cik Puan Gojes (CPG) Akhirnya Letak Jawatan Sebagai Guru
Seorang guru yang berjiwa besar, Ismaniza Fahida Ismail yang lebih dikenali dengan panggilan glamour CPG atau Cik Puan Gojes telah membuat pengumuman yang mengejutkan di Facebooknya.
Dalam hantarannya tersebut, CPG menyatakan profesionnya sebagai seorang guru telah berakhir apabila dia mengambil keputusan untuk mengundur diri dengan menghantar notis berhenti kerja 24 jam semalam.
Beberapa bulan yang lalu, CPG pernah membuat kejutan apabila dikatakan telah meletak jawatan dan membawa diri bersama keluarganya ke Türkiye kerana kecewa serta tidak sanggup menahan tekanan yang diterima dari ‘pihak tertentu’.
BACA: Teka-Teki Cik Puan Gojes (CPG) Letak Jawatan Akhirnya Terjawab
Namun, kali ini nampaknya memang dah confirmed, CPG akhirnya berundur jua. Apa sebenarnya yang menyebabkan CPG kali ini betul-betul nekad?
Adakah dengan ini bermakna CPG hanya akan menumpukan perhatian kepada empayar bisnes kosmetiknya sahaja? Bagaimana dengan kerja-kerja kebajikannya selama ini? Apa pula nasib anak-anak muridnya nanti?
Jom baca luahan perasaan yang panjang dari CPG yang dipetik dari hantaran di Facebooknya ini.
Buat CPG, kami ucapkan selamat maju jaya!
KEPADA SEMUA YANG DISAYANGI
Maaf dipinta dari CPG andai berita ini bakal membuatkan kalian kecewa.. CPG mengundur diri dari SK Syed Sheh dan kerjaya perguruan. CPG tak mampu dah nak teruskan. Penat yang tak reti nak cerita.. kemampuan yang tidak dapat ditambah.. beban yang tak dapat diringankan. Kekosongan yang tak boleh diisi, masa yang tak dapat dikawal.
Notis 24 jam CPG dah hantar kat office. Harap semua menerimanya dengan baik. Maaf andai pengunduran ni sedikit sebanyak menyusahkan sesetengah pihak. Maaf andai mengecewakan kalian.
Untuk rakan setugas dan anak murid
Terima kasih untuk masa kita yang ada bersama. Halalkan apa saya ambil. Maafkan salah silap saya. Maafkan diri ni tak mampu meneruskan perjuangan menjadi seorang guru kerana CPG memilih untuk fokus business dan tolong orang. Doa CPG mampu jadi macam Ebit Liew suatu hari nanti.. Mungkin di sini kita kan terpisah. KENANGAN BERSAMA TIADA KU LUPA. Takkan CPG lupakan kakak adik abang semua yang dah anggap seperti adik-beradik. Pengalaman kerja terbaik CPG adalah bersama kalian.
Sungguhpun CPG tak ada di sekolah.. tapi CPG selalu ada.
Doakan urusan CPG lancar. CPG juga doakan semua orang dipermudahkan urusan.
Usah dipujuk kerana diri ini perlu buat keputusan ini untuk rasa bahagia.. mohon sokong keputusan CPG 🙏🙏🙏🙏
CPG tak mampu kecap 5 kerja dalam hidup ni. CPG kena bebas kalau pilih nak bantu orang. CPG tak boleh ada masa khas. Harap semua faham dan doakan segala kebaikan untuk CPG. Mungkin hari ni semua kata sayang CPG tinggalkan kerjaya ini.. ketahuilah suatu hari nanti hampa pasti bersetuju dengan keputusan CPG.
Tentang anak murid, tiada apa dapat memisahkan CPG dari bantu depa. Jangan risau yang tu. Depa bila-bila masa boleh mai rumah CPG. Pintu sentiasa terbuka untuk mereka. Berkhidmat CPG selama 6 bulan di sekolah tu memberi banyak pengalaman pahit dan manis. Apa pun CPG puas dah keluar dari sekolah tu. Macam-macam dah CPG buat dan tinggalkan.
CPG memang tak bagitahu siapa keputusan ni dan terus buat kerana CPG tau kalau tanya pendapat dan bagitahu ramai akan memujuk.. CPG kena bahagia emosi dan mental untuk teruskan hidup.
CPG pun ingat mampu harungi setahun ni dengan baik sebelum pencen pilihan. Tapi makin lama CPG makin down dan rasa tak kuat. Sebelum masalah lagi worst CPG perlu undur diri.. masa cuti 6 tahun dulu, rasa sat.. so CPG ingat CPG mampu tahan. Tapi ternyata tidak.
Pencen CPG nak tu nanti dapat masa umur CPG 60. Tu pun kalau CPG masih hidup. Kalau meninggal anak-anak pun tak layak terima pencen tu dah sebab masing-masing dah 21 tahun ke atas.. fikir balik tak apalah. 9 bulan berbaki ni CPG kena pulun cover balik duit pencen dan wang saguhati 50k CPG akan dapat kalau teruskan lagi 9 bulan. CPG pilih untuk 24 jam berhenti. Makanya CPG kena pulun dapatkan balik untuk tampung. Insya-Allah CPG kena pulun lebih lagi untuk dapat lebih.
Doakan ya.
Love
CPG
Sumber: Facebook Cik Puan Gojes
Trending now



