Marah Anak

“Kalau Tak Marah Dia Tak Belajar!” – Ini BUKAN Cara Yang Betul Untuk Didik Anak Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perbuatan mendidik anak dengan cara memarahi, memukul dan mengugut mereka sebenarnya tidak mampu untuk membuatkan mereka supaya lebih berdisiplin.

Demikian apa yang cuba disampaikan oleh pengasas Khusyuk Parenting, Mohd Fhais Salim melalui hantaran di laman Facebooknya berikut.

Walaupun ramai ibu bapa yang masih menggunakan kaedah ini, Mohd Fhais berpendapat ianya merupakan satu ‘malapetaka besar’.

Kenapa agaknya dia berkata demikian? Ikuti perkongsian bermanfaat yang dibuat olehnya berikut yang boleh dijadikan sebagai panduan buat semua ibu bapa di luar sana.

Marah Anak

Marah, pukul, ugut, jentik dan jerit tak akan buat anak makin displin.

“Kalau tak marah dia tak belajar!”

Hah, ni yang kita silap. Otak kanak-kanak tak sama macam otak orang dewasa.

Kanak-kanak belum ada kemahiran belajar sendiri (self-learned), BELUM ADA!

Kita marah, pukul, ugut semua tu tak buat anak belajar tapi itu semua buat dia jadi serik.

SERIK KENA MARAH!!

Tu je. Serik!

Mungkin lepas tu dia akan ikut kata kita. Ikut arahan kita. Tapi bukan sebab dia belajar tapi ikut dengan berat hati sebab tak nak kena marah. Hmm..

Ini malapetaka besar!

Anak-anak perlukan rasa bebas, selamat dan tenang untuk otaknya berkembang.

Jika otak penuh dengan rasa takut, serik dan cemas je macam mana 91% otak dia nak berkembang…

0-7 tahun sangat kritikal sebab 91% otaknya berkembang masa ni. Silap sikit, memang lembab dan lemah la kapasiti otaknya nanti.

Allahuakbar.. tolong pesan pada ibu ayah lain juga, ramai yang masih marah semberono anak-anak.

#KhusyukParenting

BACA: “Aku Masa Kecil Kena Libas Dengan Tali Pinggang, Elok Je Jadi Orang” – Adakah Ini Cara Didik Anak Yang Sebenar?

Sumber: Mohd Fhais Salim