Foto Editor

“Kalau Jatuh, ‘Confirm’ Bocor Kepala” – Datuk Bandar MBKT Beri Penjelasan ‘Playground Maut’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Taman permainan kanak-kanak atau ‘playground’ yang dibina oleh Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) baru-baru ini dikecam teruk kerana membahayakan pengunjung.

Terletak di Taman Permainan Batu Buruk, aduan yang diterima adalah berpunca daripada permainan gelongsor yang diperbuat daripada simen dan konkrit.

Menurut portal TRDI.my, tindakan yang jelas membahayakan kanak-kanak ini akhirnya mendapat perhatian Datuk Bandar Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Rozali Salleh.

Ketika dihubungi oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman, beliau menjelaskan pembinaannya daripada konkrit adalah bagi memastikan ia tahan lebih lama selain menjimatkan kos penyelengaraan.

BACA: Terbengkalai Atau Masih Baik Pulih? Perkongsian Keadaan Terkini Masjid Kristal Cetus Bualan Netizen

Langkah tersebut juga diambil setelah mengambil kira faktor seperti air masin dan cuaca panas selain sering berlaku kerosakan akibat kegiatan vandalisme.

“Kita juga pernah menemui pisau lipat yang disyaki digunakan untuk merosakkan harta awam tersebut,” ujar beliau.

Walau bagaimanapun, selepas menilai aduan orang ramai, kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan infrastuktur di taman awam tersebut tetap akan dilakukan.

Foto TRDI.my
– Foto TRDI.my

“Langkah segera akan diambil oleh MBKT dengan meletakkan ‘rubber mat’ di tapak gelongsor dan balutan ‘fiber’ di gelongsor tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali,” tambah beliau lagi.

Sebelum ini, tular di Facebook satu hantaran yang dibuat oleh Amer Narani mengenai ‘playground maut’ tersebut yang dikecam kerana membahayakan kanak-kanak.

Foto FB Amer Narani
– Foto FB Amer Narani

“Kalau jatuh, ‘confirm’ bocor kepala budak-budak,” tegas beliau yang risau sekiranya ada kanak-kanak yang terhantuk sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian kepala.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan bahagian hujung gelongsor tersebut yang tidak berlapik dan hanya berlantaikan pasir sehingga berlekuk membentuk lubang atau kawah.

 

Foto FB Amer Narani
– Foto FB Amer Narani

Ramai netizen turut ‘menghentam’ pihak berkuasa tempatan kerana hanya memikirkan tentang penjimatan kos pembaikan dan penyelenggaraan tanpa mempedulikan keselamatan kanak-kanak.

Tidak kurang pula yang menyabitkannya dengan projek yang dicemari dengan rasuah dan menyalahkan kontraktor yang diberi tanggungjawab membina taman tersebut.

BACA: LFS Kuala Terengganu Jadi Pawagam Pertama Malaysia Laksana Zon Pengasingan Jantina