Azizi Ali

Kalau Dah Ada PTPTN, Perlukah Lagi Untuk Membuat Simpanan Atau Tabungan Pendidikan Anak Anda?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ibu bapa amat digalakkan untuk membuat simpanan atau tabungan bagi membiayai pendidikan anak mereka di kolej atau universiti pada masa depan.

Mungkin ramai yang tidak menyedari kepentingan ini kerana beranggapan pinjaman pelajaran atau biasiswa memang amat mudah diperolehi di Malaysia.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) misalnya, memang sentiasa menyediakan pinjaman buat golongan pelajar yang memerlukan serta boleh dimohon ketika tiba waktunya nanti bagi anak mereka tersebut untuk melanjutkan pelajaran kelak.

Jadi, adakah benar simpanan atau tabungan pendidikan anak itu sebenarnya tidak perlu? Kalau dah ada PTPTN kenapa nak menyimpan lagi?

Azizi Ali menerusi laman Facebooknya, Azizi Ali Mentor Wang telah menghuraikan persoalan ini setelah mendapat satu komen pembaca mengenainya.

Dalam hantaran beliau ini, beliau telah memberikan 3 sebab kenapa pendapat tersebut dianggap kurang tepat dan kenapa ibu bapa memang masih amat digalakkan untuk membuat simpanan pendidikan anak mereka di peringkat awal lagi.

Azizi Ali

  1. Tidak lama dahulu, saya menulis tentang education fund untuk anak-anak kita. Basically, saya mengesyorkan anda untuk menyimpan wang khusus untuk education fund ini seawal dan secepat mungkin. Ini adalah kerana kos membiayai pelajaran di kolej dan universiti adalah amat tinggi. Ianya masuk berpuluh-puluh ribu ringgit setahun. Jadi lebih awal anda menyimpan wang tersebut, lebih baiklah.
  2. Seorang pembaca membuat komen tentang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Beliau berpendapat yang kita tak perlu membuat simpanan tersebut kerana boleh minta loan PTPTN. Untuk mereka yang kurang arif tentangnya, loan PTPTN ini adalah loan yang diberikan badan ini pada pelajar untuk membiayai kos pelajaran di kolej dan universiti.
  3. Walaupun pandangan ini tidak salah, saya rasa ianya kurang menyerlah. Saya berikan 3 sebab mengapa di bawah.
  4. Pertamanya, tak ada siapa yang boleh memberi jaminan PTPTN akan wujud di masa depan. Walaupun education loan akan wujud, tetapi jika ianya diberikan oleh institusi kewangan, kadar faedahnya sudah tentu lebih tinggi daripada yang dikenakan oleh badan kerajaan. Ini hanya akan menambah beban kepada anak-anak kita apabila membayar balik loan tersebut.
  5. Keduanya, apabila mengambil PTPTN, ANAK KITA MEMULAKAN KARIERNYA DENGAN BERHUTANG. Malah dia sudah berhutang berpuluh ribu ringgit sebelum bekerja lagi! Saya tak rasa ini merupakan a good start! Of course, untuk mereka yang datang daripada keluarga yang memang tidak mampu, please go ahead and apply for the PTPTN loan kerana ianya memang akan menolong.
  6. Ketiganya, saya berpendapat yang kita yang lebih beruntung dan dimurahkan rezeki oleh Allah, patut membayar kos pelajaran anak-anak kita sendiri. Ya, kita bayar sendiri kos tersebut dan memberikan peluang memohon biasiswa dan loan PTPTN itu kepada mereka yang betul-betul memerlukannya. Kita berikan peluang dan jalan kepada keluarga yang kurang mampu supaya mereka boleh menghantar anak-anak ke IPT dan seterusnya keluar daripada kemiskinan.
  7. This is why I paid for all my daughters’ education myself. I did not apply for any scholarships or loans from anyone or any agency. Despite spending hundreds of thousands for their education, saya dan keluarga masih okey! So, the expense did not do us any harm. I am happy about this and also happy because it gave other families – mereka yang lebih memerlukannya – a chance to apply for the scholarships and PTPTN loans.
  8. Jadi rumusan post ini ialah anda perlu menyimpan wang khusus untuk education fund anak-anak anda ini seawal dan secepat mungkin.

BACA: Pengajaran Buat Peminjam Lain, Wanita Ini Kongsi Bagaimana Hutang PTPTN 1 Sen Boleh Jadi RM515 Lepas 6 Tahun

Sumber & kredit foto: Facebook Azizi Ali Mentor Wang