Kakitangan Twitter Dibenarkan Kerja Dari Rumah Buat Selama-lamanya

Sumber: ABC News

Impak wabak COVID-19 di dunia membawa kepada satu budaya kerja baharu iaitu bekerja dari rumah. Terbaharu, kakitangan Twitter dibenarkan untuk bekerja dari rumah buat selama-lamanya.

Berita itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey melalui satu hantaran emel kepada semua kakitangan pada Selasa lalu merupakan salah satu pendekatan bertimbang rasa syarikat laman media sosial berkenaan kepada pekerja mereka.

Walau bagaimapun , dalam langkah mengutamakan dahulu keselamatan pekerja dan masyarakat itu ada beberapa tugas yang memerlukan pekerja hadir secara fizikal tidak tertakluk kepada polisi tersebut.

Kakitangan Twitter Dibenarkan Kerja Dari Rumah Buat Selama-lamanya
Sumber: Business Insider

Tidak menjangkakan bahawa premis pejabat Twitter akan dibuka sebelum September, Twitter turut menyediakan elaun bekalan barangan sebanyak USD1,000 (RM4,300) untuk setiap kakitangan mereka.

“Jika kakitangan kami mampu bekerja dari rumah dan ingin teruskan begitu, kami akan pastikan ia dapat berterusan.”

Mula menggalakkan kakitangannya untuk bekerja dari rumah sejak awal Mac lalu, beberapa syarikat teknologi lain turut mengambil langkah sama sebagai cara pencegahan penularan wabak COVID-19 termasuklah Microsoft, Google dan Amazon.

BACA: Hina Anggota Polis Sebagai Anjing, Pemilik Twitter Kini Jadi Buruan Interpol

Menurut Ketua Sumber Manusia Twitter, Jennifer Christie, pengurus-pengurus syarikat mereka yang sebelum ini yang menjangkakan bahawa kerja menguruskan kumpulan tidak dapat dilaksanakan dari jarak jauh akan mempunyai perspektif berbeza selepas ini.

Sumber: Forbes