
“Kak, Boleh Dop Nak Mintak Sumbangan Sikit, Nak Wat Beli Lauk Makan Ke Anak-Anak”
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah, suka memberi sumbangan, kebajikan dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Walau bagaimanapun, amalan yang sangat mulia dan besar ganjaran pahalanya ini sering kali diambil kesempatan serta disalah guna oleh mereka yang tidak mahu berusaha dan hanya lebih suka meminta-minta.
Dalam Islam, perbuatan meminta-minta seperti ini sebenarnya dilarang bahkan ianya juga boleh jatuh hukum haram.
Pengguna Facebook, Engku Nisa dari Mencari Keredhaan Illahi telah memberi teguran mengenai isu ini dengan berkongsi satu situasi yang pernah dialaminya melalui hantarannya berikut.
Semoga dapat dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua.
“Kak, boleh dop nak mintak sumbangan sikit, nak wat beli lauk makan ke anak-anak”
Situasi berlaku di satu pam minyak Petron.
Kali ketiga bertemu kakak meminta sumbangan bermotor ini, yang sedang mengisi minyak dalam tangki motornya. Kalau sebelum ini bertemu dia berseorangan meminta benda yang sama iaitu duit untuk buat beli lauk anak-anak,
Tapi hari ni bertemu dengan dia bersama anaknya yang cukup sihat, dan akak itu sendiri pon pada zahir pandangan cukup kuat dan sihat, sempurna fizikal tubuh badan.
Dan juga kali ini,
Walaupun muka berselindung di sebalik mask,
Tetap terzahir eyeshadow di mata, ada blink-blink dan bercelak, cantik…!
Subhanallah sungguh..
Disebabkan bukan kali pertama bertemu dengan dirinya yang suka meminta-minta, mensasarkan orang-orang tertentu bertudung labuh dan sebagainya saya tidak lagi memberi apa-apa kepada dia, sebaliknya terasa nak bagi nasihat,
“Kak, doh-dohla wat keje minta-minta gini. Hari ni depan anak plak tu. Kak suka ke nanti anak akak terikut perkara yang sama?”
Dia angguk-angguk sambil sebut saya faham, lantas terus menuju ke motosikalnya untuk isi minyak. Mungkin mencuba nasib.
Bukan tidak memberi kerana kedekut atau sayang harta,
Namun nak sedarkan dia bahawa perbuatan yang dia buat tu adalah perkara yang dilarang agama. Bahkan boleh jatuh hukum haram.
MEMINTA-MINTA BUKAN SIFAT ORANG BERIMAN..
Apatah lagi dalam keadaan sihat tubuh badan, sempurna fizikal.
====
Melalui hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:
لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ وَلاَ لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ
Maksudnya: “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”
Riwayat al-Nasaei, Ibn Majah dan Abu Daud.
Demikian juga larangan tersebut dalam satu hadith yang lain diriwayatkan oleh Sahl Ibn Hanzaliyyah R.A yang menceritakan perbualan Nabi SAW bersama sahabatnya:
مَن سأَل وعندَه ما يُغنيه فإنَّما يستكثِرُ مِن جمرِ جهنَّمَ ) قال: يا رسولَ اللهِ وما يُغنيه ؟ قال:)
( ما يُغدِّيه ويُعشِّيه)
Maksudnya: “Barangsiapa yang meminta-meminta, padahal dia mempunyai sesuatu cukup untuk dirinya, maka bererti hanya memperbanyak bara api neraka Jahannam.” Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dikatakan cukup baginya?” Baginda menjawab: “Sesuatu yang mencukupi untuk makan siang dan malam.”
Riwayat Abu Daud.
Sungguh rasa kecewa petang ini, kecewa bila melihat sorang muslimah menggunakan cara meminta-minta untuk menjadi sumber pendapatan.
Kita bergaul dengan masyarakat, malu bila bandingkan dengan orang lain yang kadang tak sempurna tubuh badannya namun malu untuk meminta-minta, bersungguh-sungguh mencari rezeki halal sebatas kudrat yang ada. Orang begini, kalau kita bagi sumbangan, dia segan nak terima walaupun hakikat mereka orang yang berhak.
Allahu.
#AslimTaslam
#LillahWaFillah
#TintaMujahidah
BACA: Masih Diberikan Sedekah Walaupun Tak Layak Menerimanya, Bukti Rakyat Malaysia Sangat Pemurah
Sumber: Engku Nisa