
Kajian Terkini Dapati Harimau Malaya Hanya Tinggal 23 Ekor Sahaja
Pada tahun 1950-an, harimau Malaya yang berada di Malaysia dianggarkan sebanyak 3,000 ekor. Dalam tempoh setengah abad sahaja, jumlah tersebut berkurangan secara mendadak sehinggalah pada September tahun lepas dianggarkan jumlah haiwan ini hanya tinggal sebanyak 250 ekor hingga 340 ekor sahaja.
Berdasarkan kajian terakhir yang dijalankan jumlah tersebut susut sehingga 60%-80%. Kini hanya tinggal 23 ekor spesis Harimau Malaya di Hutan Simpan Royal Belum dan Hutan Simpan Temenggor di Gerik, Perak.
Antara ancaman utama yang menjadikan kuantiti spesis harimau ini turun secara mendadak ialah pemburuan haram terutamanya daripada pemburu profesional dari negara-negara Indo-China seperti Vietnam, Laos dan Kemboja.
Menurut Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein, jika tiada langkah yang diambil sekarang berkemungkinan besar bilangan Harimau Malaya di Malaysia boleh berkurangan sehingga 10 ekor sahaja.
Walaupun berdepan dengan kekangan kewangan, beliau berharap agar menambah bilangan haiwan tersebut kepada 50 ekor dapat dilaksanakan dengan peningkatan langkah pemantauan dan penguatkuasaan seperti menambah anggota rondaan.
23 Julai lalu, Jabatan PERHILITAN mengumumkan bahawa salah seekor Harimau Malaya yang diselamatkan di Kampung Besul Lama, Dungun telah mati akibat penyakit Virus Canine Distemper walaupun sudah diberikan rawatan intensif.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1630677690398774
Setiap jenis harimau boleh dibezakan dengan melihat kepada muka, sisi muka dan badan.
https://www.facebook.com/odisimy/posts/1632100036923206
Sumber: Astro Awani
Siapa yang ada hadir?
ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.
Apa hebatnya sesifikasi Vivo S1 ini? Kenalah tonton video.
VIVO S1 : Offical launch in Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.