Kajian Dapati Makan Guna Tangan Punca Berat Badan Naik

Kajian Dapati Makan Guna Tangan Punca Berat Badan Naik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, ada kajian dapati makan dengan menggunakan tangan mungkin menjadi punca berat seseorang naik?

Berbeza dengan memakai sudu, makan dengan menggunakan tangan dikatakan dapat memberi kenikmatan yang tidak terhingga sehingga mampu menyebabkan kenaikan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan di Universiti Steven, New York, makan menggunakan tangan mempengaruhi kesedapan makanan kerana tekstur makanan dapat dirasa berbanding menggunakan sudu.

Melibatkan tiga fasa, subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, satu diarahkan untuk makan keju menggunakan tangan dan satu lagi menggunakan penyepit.

Hasil daripadanya, kumpulan yang mengamalkan makan menggunakan tangan lebih menikmati makanan mereka berbanding kumpulan yang menggunakan sudu.

Kajian Dapati Makan Guna Tangan Punca Berat Badan Naik 1
Sumber: Butterkicap

Individu yang makan menggunakan tangan dikatakan lebih sedar dengan jumlah pengambilan makanan mereka kerana melibatkan interaksi antara sentuhan fizikal dan deria saraf di otak.

Walaupun makan menggunakan tangan menyebabkan seseorang individu itu peka dengan rasa makanan, namun ianya juga berisiko untuk mengambil lebih banyak kalori terutamanya jika makanan tersebut sedap terutamanya pada individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ianya tidak menjadi masalah pada mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat untuk makan menggunakan tangan disebabkan displin yang sudah ditanam pada tabiat pemakanan.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak boleh dipandang serius kerana tiada lanjutan daripadanya yang boleh menerangkan situasi ini secara jelas.

BACA: Rupanya Cara Makan Coklat Kita Selama Ini Salah, Baca Perkongsian Pakar Ini

Kemudian kajian ini dapati individu yang menggunakan sudu cenderung untuk makan lebih laju berbanding individu yang menggunakan tangan sehingga boleh menyebabkan pengambilan kalori berlebihan yang akan bertukar kepada lemak, dan situasi ini sama sahaja seperti individu yang makan menggunakan tangan tetapi tidak mengamalkan diet seimbang.

Dalam jangka masa panjang, mereka lebih berisiko mendapat kencing manis berikutan ketidakstabilan paras gula dalam darah.

Menurut jumhur ulama mazhab Hanafi, maliki, Syafi’e dan Hambali, makan dengan menggunakan tangan kanan hanyalah sunat dan dianjurkan dan seboleh-bolehnya hendaklah berusaha menggunakan tangan kanan dalam rangka beramal dengan sunnah Nabi Muhammad saw.

Sumber: DailyMail, FMT, Mufti Wilayah Persekutuan