Kahwin Kesuburan

Kahwin Lambat, Tangguh Kahwin, Punca Kadar Kesuburan Wanita Di Malaysia Turun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi kaum wanita di Malaysia sejak lima dekad lalu dikatakan berpunca dari sikap suka tangguh kahwin atau kahwin lambat.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, KKJ merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang wanita terus hidup hingga akhir tempoh umur reproduktifnya iaitu antara usia 15 hingga 49 tahun.

Sekiranya trend penurunan KKJ ini berterusan, kadar pertumbuhan tahunan penduduk juga turut akan berterusan menurun sehingga paras 0.7 peratus pada 2050.

Penduduk Malaysia pula dijangka akan mencapai jumlah maksimum seramai 46 juta orang pada 2071 sebelum mengalami penguncupan pada 2072.

Sikap suka tangguh kahwin atau kahwin lambat ini juga menyebabkan tempoh reproduktif menjadi lebih pendek sekali gus cenderung untuk mempunyai saiz keluarga yang kecil.

“KKJ di Malaysia telah menurun dengan pesat daripada 6.7 anak bagi seorang wanita pada 1957 kepada 4.0 anak pada 1980, 3.0 anak (2000), 2.1 anak (2010) dan 1.7 anak (2021).

“Penurunan kadar kesuburan ini sekali gus mempercepat proses penuaan penduduk di Malaysia dan dijangka 15 peratus penduduk Malaysia adalah berusia 60 tahun ke atas pada 2030,” jelas Datuk Dr. Maziah.

Kahwin Kesuburan

BACA: Kesuburan ‘Menurun Dengan Ketara’, Malaysia Catat Kelahiran Terendah Dalam Sedekad

Sumber: KOSMO! ONLINE